Wednesday, June 9, 2010

Coretan dari Suroboyo Part VII - BAKSOS



Pada minggu ke-3 aktiviti berjalan seperti biasa, cuma hari Khamis aku, K.mirah & Chepon bertukar ke Kamar Medik (Medical wing of A&E) dan McT, Tas & Wani ke Kamar Bedah. Di Medik, aktiviti agak kurang rancak sebab ramai perawat yang buat procedur. So kami ke rutin biasa, clerk patient.


Ada patient kasus krisis hypertensi (Case Hypertension Crisis), dgn SBP 250 mmHg on admission. DBP tak ingat sgt tapi yang pastinya 100++. Admission time 2.00am, dan patient diletakkan di hallway IRD seperti biasa. To my utmost surprise, patient cakap lepas admitted, sekali je diorang check BP, dan sampai ke pagi ini (8.00am, 6 hours post-admission) takde langsung perawat/doctor yang RECHECK her BP. Not even once! Dengan kaget yang amat, aku terus measure BP dia, 206/118mmHg if I remember correctly. Waduh, gimana ini. Kalau di Malaysia, kasus seperti ini pastinya sudah dihantar ke wad dan aside from anti-hypertensive agents, Dr mesti dah order at least BP monitoring ½ hourly.


InsyaAllah kita ambil ni sebagai iktibar supaya vital signs for high risk patient especially, is monitored regularly as necessary. Hospital ni memang ramai sgt patient sampai kadang-kadang tak cukup kakitangan nak bagi optimal management for every patient.

Hari Jumaat esoknya, Wesak Day. Jadi kami liburkan diri, walaupun IRD gak pernah libur. Kami mengikuti Baksos (bakti sosial) PKS anjuran Mbak Dwi yang kami ketemu ketika membeli kaus muslimah di rumah Mbak Ratri.



BAKSOS bermula jam 7.30am sampai jam 11.00am dan meliputi:

- Ucapan alu-aluan wakil dari kampung Rangkah
- Ucapan wakil PKS

- Talk by Dr Chandra, pakar O&G tentang kanker cerviks

- Pelayanan kesihatan (Medical Check-up)
  • BP
  • Cek vaginal fluid pH sebagai indicator kpd vaginal inflammation
  • Konsultasi
  • Ubat-ubatan gratis
- Demonstrasi Pad anion


Program khas untuk wanita ini dimulakan dgn tilawah al-Quran oleh seorang sister. Ya, identitas Islami PKS ditampilkan dengan baik sekali. Dari panitia yg semuanya berjilbab, berakhlak dengan sangat lembut dan terpuji, hinggalah perjalanan program itu sendiri yang ditaburi kata-kata nasihat dan tazkirah secara halus dan tidak langsung.

Tapi MC banyak bercakap dgn bahasa Jowo, makanya kami terpaksa pura-pura mengangguk faham. Mujurlah talk tentang cancer cervix disampaikan dlm bahasa Indonesia standard. Menurut seorang panitia, pelayanan kesihatan masyarakat PKS ini dijalankan setiap 2 bulan di kampung yg berbeda-beda.


Sementara program berlangsung, panitia mengelilingi kampung buat promotion tentang Pelayanan Kesihatan ini.
Jadi, walaupun patutnya habis program jam 11am, tapi jam 11 lebih pun ada yg masih mau mendaftar. Kami yang gak ngerti bahasa Jowo hanya menjadi panitia registration sahaja.


Ibu-ibu siap datang dengan anak yang demam, padahal health promotion ni khusus untuk wanita tentang cervical cancer! Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan.



Dan banyak tarbiyah yang Allah kirimkan untukku dalam BAKSOS ini...

Biarpun venue ni sangat sangat sederhana, tapi seluruh program termasuklah medical check-upnya berjalan dengan lancar tanpa ada secebis complaint pun, alhamdulillah.
  • Cuaca yang tersangat panas, tiada yang mengeluh.
  • Bilik medical check-up yang sangat sempit dan agak gelap dan suram, dengan keadaan panas tanpa kipas, juga tiada yang complain; baik medical student mahupun penduduk kampung.
  • Orang kampung yang ramai sehingga kerusi tidak mencukupi, mereka sanggup berdiri.
  • Queue yang panjang untuk check BP dan konsultasi, mereka menunggu penuh sabar dan tenang dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
  • Meja yang tidak mencukupi, mereka tak kisah check up di atas lantai.
  • Untuk check-up vaginal pH tiada ruangan private, mereka jumpa tilam!!! yang tidak digunakan lalu membuat satu compartment lain yang tertutup.
  • Bila dah tengahari dan meja registration disinar terik matahari yang menyengat, penduduk kampung carikan payung dan ikatkan di atas pagar menggunakan tali yang entah datang dari mana.
  • Selepas habis talk dari Dr. Chandra, ada kuiz untuk menjawab soalan. Walaupun mereka orang-orang kampung di ceruk pedalaman dan ada yang baru pertama kali mendengar tentang cancer cervix, mereka tidak malu untuk mencuba jawab soalan-soalan yang diajukan.

Subhanallah.
  • Hasil keterbiasaan dengan keadaan yang susah, mereka punyai kesabaran yang bagiku sungguh luarbiasa.
  • Kerana sudah biasa hidup dalam keadaan yang serba sulit, mereka jadi kreatif menggunakan apa sahaja yang ada untuk memenuhi kekurangan yang timbul.
  • Dan sudah tentu, dakwah itu sangat meluas. Banyak wasilah bisa digunakan untuk mencapai matlamat dakwah, pelayanan kesihatan masyarakat juga salah satu wasilahnya.
  • Pendekatan dakwah itu sesuai mad'unya. Bersama orang kampung, lain caranya. Dengan orang yang terpelajar, lain pendekatannya. Dengan orang Jawa, Jowolah bahasa yang digunakannya. Rasulullah juga begitu kan? Dia bisa berbahasa dengan loghat yang berbeza-beza sesuai orang tempatan yang baginda dakwahi.


Coretan dari Suroboyo Part VI - Madakaripura

Seusai di Bromo, kami ke Air terjun Madakaripura. Kali ini, kami benar-benar mengenal apa ertinya “tiada yg gratis sama sekali di Indonesia”.



Utk masuk, kami diminta membayar Rp2500 seorang.
Utk parking, Rp5000 lagi dibayar.
Nak masuk toilet sekejap, ingatkan free. Sebab takde pun tulis kena bayar. Tapi bila keluar toilet, ada yg menunggu, “Mbak, bayar mbak. Satu org Rp2000”. Waduh!



Utk ke air terjun, kami terpaksa menggunakan khidmat pemandu pelancong yg meminta Rp50000 seorang! Awalnya kami tidak setuju kerana terlalu mahal. Bila tawar Rp30000, pembawa pelancong itupun setuju. Mula-mula geram juga sebab semuanya kena bayar. Tapi dua kali fikir, kesian juga sebab itulah satu-satunya mata pencarian mereka. Memang mudah hati ini jatuh kasihan.

Bila kami sampai ke air terjun setelah lebih kurang 45 minit meredah sungai dan batu-batunya, kami sampai ke punca 3 air terjun yang berbeza, cantiknya seperti di Amazon.



Subhanallah, sekali lagi, tak tergambar oleh kata-kata. Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar! Terlupa seketika duit-duit yg perlu kami bayar tadi. Alangkah bestnya kalau ada SLR + waterproof camera… tapi, memang takkan sama seperti berada sendiri di situ. Sekali lagi, aku terfikir, pastinya Syurga Allah itu jauh lebih indah…

"Untuk hambaKu yang soleh, Aku sediakan kesenangan (syurga)
yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, dan tak pernah terlintas di hati manusia..."

(Hadith Qudsi Riwayat Imam Ahmad, Tirmizhi & Ibnu Majah)




Kadangkala aku terfikir...
Sudah tahu syurga itu cantik dan indah,
mengapa utk mengumpul pahala dan kebaikan, langkah kaki masih terasa berat…?
Sudah tahu neraka itu azabnya tidak terperi dan tak mampu ditanggung sama sekali, tapi,... mengapa masih tega membuat dosa dan maksiat?

Mari muhasabah dan berubah.


Sampai ke air terjun itu, hujan mulai membasahi bumi. Jadi kami diminta naik semula ke darat dengan segera kerana pengalaman mereka, banjir besar akan berlaku within minutes sahaja. Sepanjang perjalanan pulang, kami ditunjukkan hasil kerosakan jalan dan jambatan akibat diterjah arus banjir yang begitu deras. Ya, hajat di hati kami ingin mandi di air terjun, tapi rencana Illahi, mengizinkan kami mandi dengan air dari langit biruNya… dan kerdilnya rancangan kami dibandingankan dengan hebatnya rencana Yang Maha Esa…! Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Sesampainya kami di tempat parkir kereta, hujan semakin lebat. Sungguh kami terkejut bila melihat sungai yang tadinya mengalir tenang tiba-tiba menjadi seperti tsunami dengan air lumpur yang mengalir deras; paras air meninggi hampir 10x ganda dalam sekelip mata. Syukur Alhamdulillah, andai saja kami terlewat beberapa minit, mungkin dengan begitu mudah dihanyutkan arus deras yang menerjah. Na’uzhubillah, wa alhamdulillah.

Seiring dengan hujan yang tiba-tiba turun begitu lebat, hati-hati kami turut dilanda kekecewaan yang tidak kurang hebat. Kami diberitahu oleh orang-orang tempatan di situ, mereka telah membersihkan mobil kami dan oleh itu kami perlu membayar mereka lagi Rp5000. Aduh! Apakah?

Kami terpaksa pula membayar Rp2000 lagi per toilet sebab harus menukar baju setelah lencun dan basah kuyup bermandi hujan. Kali ini, tiada pilihan. Begitu ramai sekali pak-pak yang menunggu di luar toilet utk mengutip duit. Utk memastikan mereka beredar supaya toilet lebih tenang, kami membayar Rp50000 utk semua – duit pemandu pelancong dan duit toilet utk 6 org. Tapi, alangkah kecewanya kami, apabila pemandu pelancong tadi tiba-tiba menuntut Rp50000 instead of Rp30000 yang dipersetujui. Kami katakan kami bayar Rp 50000 termasuk duit toilet, tapi dia kata,

“Utk toilet bayar sendiri ya mbak, karena orangnya lain”.

Ya Allah! Kesabaran kami benar-benar teruji. Namun sabda Rasulullah SAW mengubat hati,
"La taghdab, la taghdab, la taghdab"

"Jangan marah, jangan marah, jangan marah" (HR Bukhari)

Ketika dalam perjalanan pulang, perasaan kami bercampur baur. Perasaan ajaib dan kagum menikmati keindahan alam ciptaan Yang Esa sedikit tercalar dek emosi geramnya pada sikap mereka yang memaksa-maksa kami membayar uang tanpa rela. Bukankah alam ciptaan Illahi ini layak dinikmati sesiapa pun tanpa bayaran?

Namun sekali lagi, ibrah dalam setiap langkah tetap harus dihayati. Allah punyai hikmah dalam setiap yg berlaku, dan itu caranya Dia mentarbiyah hamba-hambaNya.

Rasulullah juga pernah bertanya, "Siapakah yang dikatakan paling kuat antara kalian?"
Sahabat menjawab, "Iaitu yang paling kuat dalam pertarungan"
Tapi Rasulullah jawab balik, "Bukan begitu, tapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah"
(HR Muslim)

Coretan dari Suroboyo Part V - Hijaunya!




Kami di atas sehingga matahari terbit.

Kemudian kami dibawa menaiki jeep utk ke tempat “Teletubies” di Bromo. Subhanallah, cantik sungguh kehijauan alam ciptaanNya...



Setelah puas bergambar, kami ke kawah Bromo pula menaiki kuda.



Ya Allah, ini pertama kali aku menaiki kuda. Dari awal sampai ke atas kawah, lututku menggigil, coccyxku sakit, jantungku berdebar dan sepanjang perjalanan aku cuba utk bertenang dan tidak menggeletar sambil berazam tak mahu naik kuda dah lain kali. Sepanjang perjalanan juga, utk memujuk hati sendiri, aku membayangkan inilah haiwan tunggangan Rasulullah dan para sahabat suatu masa dahulu ketika di medan perang. Bahkan binatang yang satu ini turut mendapat tempat dalam kalamullah, malah siap termaktub sebagai salah satu nama surah... al-aadiyaat...

"Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah"

Tapi di kepalaku masih terbayang-bayang... kalau terjatuh dari kuda ni, boleh dapat slip disc & spinal cord compression, dan boleh lumpuh seumur hidup. Tiba-tiba sedang aku membayangkan yang bukan-bukan, kuda sahabatku mengamuk dan menendang penjaganya, dan sahabatku benar-benar jatuh terduduk ke belakang. Ya Allah!

Tapi dia terus bangun lepas tu dan takde apa-apa injury, malah masih mampu tersenyum dalam kepahitan, alhamdulillah 'ala kulli hal.

Sampai di tangga curam yg menghalatuju ke kawah, kami turun dari kuda. Dengan lutut yg masih menggeletar, kugagahkan diri utk menapak sehingga ke puncak kawah. Begitulah juga, dakwah Rasulullah, kan? Suatu tugas yg bukannya mudah. Satu demi satu kesusahan dia harungi, bersama para sahabat yg setia menemani.


Di puncak, sekali lagi kami kagum dgn kecantikan alam ciptaan Allah yg tiada tandingan. Walau beribu-ribu photo pun yang kami ambil, tidakkan sama dengan kecantikan yg dicapture dek mata yg Allah anugerahkan ketika berada sendiri di tempat itu.

Tak mampu rasanya mengungkap keindahan alam ini dengan kata-kata.

Hanya zikrullah mampu dialun memuji-muji kebesaran Yang Maha Pencipta.

Tapi, berkali-kali aku mengulangi pada diri sendiri,

Secantik-cantik alam yang Allah ciptakan di dunia ini,

Pastinya tidakkan sama dengan syurga di akhirat nanti..

Syurga yang menanti hamba-hambaNya yg terpilih…

Dan semoga kami semua berada di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih itu… Ameen Ya Rabb…



Setelah ke kawah, aku memaksa diriku utk sekali lagi menaiki kuda.

Kali ini lebih mengerikan kerana turun dari bukit. Dan kali ini, disebabkan tak pandai teknik menunggang kuda, benar-benar badanku luka-luka, aduh! Tapi Rasulullah SAW bersabda, “Tiada kesakitan, tiada luka, tiada kesedihan, walaupun tertusuk duri, melainkan Allah mengampunkan dia dengan kesakitan itu” (Mafhum HR Muslim)

Mungkin satu hari nanti, akan ku belajar menunggang kuda dengan lebih baik. Bukankah menunggang kuda salah satu anjuran sang Junjungan?

Sabda Rasulullah SAW, “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Sehinggakan “Segala sesuatu yang di dalamnya tidak mengandungi dzikrullah merupakan perbuatan sia-sia, senda gurau dan permainan, kecuali empat (perkara); senda gurau suami dengan isterinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.” (HR An-Nasai, Silsilah shahih: 309)

Coretan dari Suroboyo Part IV - Mount Bromo


Apakah ini kicap manis? BUKAN.

Ini adalah Iodin.

Apakah ini botol air kanak-kanak sekolah? BUKAN juga.

Ini adalah hydrogen peroxide (perhydrol).

Pulang saja dari hospital Jumaat itu, dengan whitecoat yg habis kena darah, Betadin (Iodin) dan mungkin urine patient (sebab takde apron masa buat procedure), kami terus balik ke rumah utk gotong-royong memasak utk bekalan journey ke…. Mount Bromo!!

Disebabkan terlalu semangat, kami masak macam nak kenduri 3 hari padahal nak travel 24 jam je.

Kami dijadualkan utk bertolak ke Bromo jam 11 malam hari Jumaat. Kami selesai packing dan masak jam 10 malam. Tapi jam 10.30pm supir yg ditempah oleh Bu Tuti dah sampai depan rumah, waduh mereka ini bukan setakat menepati masa, bahkan sangat mengawali masa!

Dalam MPV, kami semua tertidur. Aku terlena setelah 1 jam perjalanan, dan dikejutkan oleh kesejukan yg menyengat sehingga ke sumsum tulang. Bila terjaga, kami sudah di kawasan pergunungan, dan udara teramat dingin sampai tak mampu nak tidur semula. Dahlah pakai baju hanya selapis tanpa sweater! Subcutaneous fat pun tak berapa cukup utk membekalkan haba. Menggigillah diriku kesejukan di sana… kami tiba di Mount Bromo jam 2 pagi, 1 jam lebih awal dari masa perjalanan yg dijangka.

Kami ke kedai utk menyewa sweater dan membeli sarung tangan dan mafela. Kami sewa sweater dengan Rp 10000 sehelai, tapi bila hampir sampai di puncak ada sweater sewa dengan harga hanya Rp 3000 sahaja.

Sebelum ke puncak kami ke toilet utk mengambil wudhu’. Di toilet itu tertulis:

Buang air kecil Rp2000

Buang air besar Rp3000

Mcmana dia tahu kita buat apa kat dalam toilet tu? Memang tiada yg gratis di Indonesia ini!

Di puncak, sementara menunggu sunrise, kami solat di tengah orang ramai yg sedang sibuk mengambil gambar dan memilih ‘spot’ terbaik utk berlabuh sambil menikmati keindahan sunrise.