Monday, December 15, 2014

ANAK SAYA KUNING! APA ITU BREASTMILK JAUNDICE?

#6 BREASTMILK JAUNDICE

Dalam perubatan ada satu kondisi yang dinamakan breastmilk jaundice atau jaundis susu ibu, di mana kuning bayi berterusan walaupun physiological jaundice sepatutnya sudah beransur lega. Ia adalah salah satu sebab prolonged jaundice atau kuning berpanjangan (memang ada sesetengah bayi yang kuningnya berlarutan disebabkan susu badan). Ini perlu dibezakan dengan breastfeeding jaundice, iaitu kuning disebabkan bayi tidak cukup menyusu badan.

Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?

Banyak research dijalankan untuk mengkaji mengapa ianya berlaku. Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda harus berhenti menyusukan bayi anda, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. 

Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi anda lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan?

1. Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
2. Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
3. Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
4. Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL

JANGAN:

1. JANGAN berhenti menyusukan bayi anda sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi anda
2. JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
3. JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”

Wednesday, December 10, 2014

ANAK SAYA KUNING! ADAKAH DARAH ANDA JENIS 'O'?


#5 BAYI KUNING DAN MAK DARAH 'O'


Bagi ibu-ibu yang berdarah 'O', pernah tak anda dan bayi ditahan di hospital sehingga 24jam selepas bersalin sedangkan ibu-ibu lain di sebelah katil anda yang bersalin lebih lewat sudahpun dibenarkan discaj bersama bayi mereka kerana darah mereka bukan 'O'?

Mengikut procedure di kebanyakan hospital kerajaan, bayi yang ibunya mempunyai kumpulan darah 'O' perlu di'observe' selama 24jam selepas kelahiran untuk memastikan mereka tidak mendapat jaundice akibat ABO incompatibility yang boleh terjadi seawal 24jam pertama baby.

Apa itu ABO incompatibility?

Ia adalah fenomena yg berlaku apabila ada 2 kumpulan darah yang tak 'compatible' bercampur.
Ok senang cerita macam ni;
Jika anda darah A, anda akan 'anti' kepada B. Jadi, jika anda menerima darah jenis B, sistem imun dalam badan anda akan membentuk antibodi yang menyerang sel darah jenis B menyebabkan sel darah B pecah. Bila sel darah merah pecah terhasillah bilirubin yang menyebabkan kuning/jaundice.
Jika anda darah B pula, anda akan 'anti' kepada A.
Jika anda darah AB, anda tidak 'anti' sesiapa.
Jika anda darah O, anda 'anti' kepada kedua-dua A dan B.

Jadi ABO incompatibility ini berisiko untuk berlaku apabila mak mempunyai darah O sedangkan baby mempunyai darah selain O (samada A atau B). Dalam rahim, darah O ibu dan darah A/B baby biasanya tidak bercampur dan dipisahkan oleh selaput uri (placental membrane). Tapi dalam situasi tertentu seperti keguguran, atau proses kelahiran, darah ibu dan baby boleh bercampur menyebabkan antibodi terhasil...sebahagian antibodi dari darah ibu tadi boleh melepasi placenta, pergi kepada baby dan bercampur dengan darah A/B baby. (Ingat lagi tak, darah jenis O ni memang 'anti' kpd A & B). So antibodi dari darah ibu tadi akan menyerang sel darah baby (jenis A/B) menyebabkan sel darah baby pecah dan bilirubin terhasil secara berlebihan.

Sebab itulah orang kata bila mak darah O baby berisiko lebih tinggi untuk kuning...


Rawatannya sama iaitu phototherapy, dan Dr akan ambil beberapa ujian darah utk pemeriksaan. Jika paras bilirubin terlampau tinggi sehingga mencapai paras merbahaya, bayi anda mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah atau 'exchange transfusion'.

Friday, December 5, 2014

ANAK SAYA KUNING! TIPS MENGURANGKAN KUNING BAYI


#3 APA PERLU SAYA BUAT?


1) Berikan susu sekerap mungkin, jika boleh sejam sekali atau lebih kerap. 

-Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk minum - bila bayi cukup minum, ini akan mengelakkan dehidrasi. Hydration yang cukup sangat penting untuk bantu menyingkirkan bilirubin berlebihan.
-Bila baby minum secukupnya, dia akan buang air besar dan kecil dengan kerap dan ini juga membantu menyiingkirkan bilirubin berlebihan dalam badan. Pastikan juga teknik penyusuan yang betul, termasuk posisi, teknik lekapan dan sebagainya.

2) Dapatkan rawatan 

- Jika paras bilirubin terlalu tinggi sehingga mencapai paras tertentu, doktor mungkin akan memberikan rawatan lampu (phototherapy). Lampu khas ini akan menukarkan bilirubin kepada bentuk yang lebih larut supaya lebih mudah disingkarkan melalui kencing & pundi hempedu.

#4 BAHAYA TIDAK MENERIMA RAWATAN




Jika bayi yang paras bilirubinnya mencapai tahap bahaya tidak diberikan rawatan secepat mungkin, bilirubin berlebihan ini boleh larut ke dalam selaput dan tisu otak menyebabkan kernicterus. Bayi yang mendapat kernicterus berisiko mendapat kecacatan kekal seperti cerebral palsy, kurang pendengaran dan lebih teruk ia boleh membawa maut.

Wednesday, December 3, 2014

ANAK SAYA KUNING! APA ITU JAUNDICE & JENIS-JENISNYA


#1 APA ITU KUNING? 


Dalam istilah perubatan, kuning disebut sebagai jaundice. Ia terjadi apabila bilirubin dalam darah melebihi paras tertentu, sehingga kornea dan kulit kelihatan kuning. Untuk bayi yang baru lahir, kita sebut sebagai neonatal jaundice.

Tahukah anda, darah kita terdiri dari sel darah merah/hemoglobin (red blood cells, RBC), sel darah putih (white blood cells, WBC), dan sel darah kuning (platelet). Setiap sel-sel darah ini mempunyai jangka hayat tertentu. Apabila jangka hayat sel darah merah telah tamat, ia akan diproses oleh limpa & hati menjadi pecahan-pecahan substance yang lebih kecil untuk memudahkan penyingkirannya dari badan. Proses pemecahan sel darah merah inilah yang akan menghasilkan bilirubin dan beberapa substance lain.

Proses normal ini sememangnya berlaku dalam bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Akan tetapi bayi yang baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah/hemoglobin yang lebih tinggi. Apabila hemoglobin yang tinggi dalam bayi ini diproses utk penyingkiran dari badan, maka terhasillah jumlah bilirubin yang banyak menyebabkan kuning (neonatal jaundice).



#2 MENGAPA TERJADINYA KUNING?

Semua bayi berisiko mendapat kuning. Kajian menunjukkan 60% bayi yang cukup bulan dan 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan mengalami kuning dalam minggu pertama selepas kelahiran.

Ada 2 jenis jaundice untuk bayi yang baru lahir;


1) Physiological jaundice: 

Kuning disebabkan proses fisiologi normal (akibat pemecahan hemoglobin) seperti yang telah disebutkan. Ada kalanya ia mencecah paras tinggi sehingga perlukan rawatan lampu (phototherapy), dan biasanya kuning jenis ini akan beransur pulih selepas 7-14 hari untuk bayi yang cukup bulan, dan boleh berlarutan sehingga 21 hari untuk bayi yang tidak cukup bulan.


2) Pathological jaundice: 

Kuning yang disebabkan oleh penyakit/masalah lain seperti:
-ABO incompatibility (terjadi apabila ibu darah 'O', dah bayi darah selain 'O')
-hypothyroidism (kurang thyroid hormon dalam badan)
-G6PD deficiency
-masalah hati spt hepatitis/masalah pundi hempedu spt biliary atresia
-sepsis (jangkitan kuman dalam darah)
-polycythaemia (kepekatan darah yang tinggi - boleh terjadi apabila tali pusat lambat dipotong spt dalam kes bersalin sebelum sempat sampai ke hospital)

Monday, November 17, 2014

MITOS BREASTFEEDING III



BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #5: Bayi yang fully breastfeeding akan mendapat masalah sembelit


Ramai orang consult saya (offline dan online) kerana bayi tak berak 4-5 hari. Saya juga kerap dapat referal sebab ada bayi yang fully breastfed tak berak seminggu.

Saya selalu nasihatkan para ibu yang menyusu badan penuh, jika bayi anda berak 10x sehari pun ia normal, jika dia berak 10hari sekali pun boleh jadi normal. Jika bayi anda fully breastfeeding, jangan risau. Asalkan bayi anda masih aktif, kentut kerap, tidak meragam, perutnya lembut dan tidak mengeras/kembung yang pelik dari biasa, insyaAllah your baby should be fine.

Jika dia tak meragam, tak perlu bagi air gula, tak perlu bagi jus/puri buah untuk "paksa" dia berak bagi bayi yang kurang daripada 6 bulan ya smile emoticon



Tahukah anda, susu ibu lebih mudah diserap oleh badan berbanding susu formula. Sebab itu kadangkala ada masa bayi anda kurang berak, kerana kebanyakan nutrien dan khasiat susu badan diserap menjadi "darah daging" bayi. Ini yang saya pelajari daripada para lactation consultants. Tidak seperti susu formula yang nutriennya kurang efisyen diserap oleh usus bayi lalu hanya keluar sebagai najis..

Jadi jangan terlalu suka bila anak anda berak elok dengan susu formula, ia tetap tidak setanding susu badan.. dan bagi ibu-ibu yang memberikan susu badan sepenuhnya, jangan terlalu risau insyaAllah anak anda bukan sembelit, dia hanya sedang memproses susu badan anda menjadi darah dagingnya smile emoticon

Bila anda patut risau?

Jika anak anda tak berak lama, dan anda lihat abdomennya kembung dan mengeras, dia tidak kentut dan sentiasa muntahkan kembali susu yg anda berikan, dia meragam dan menangis sentiasa (incosolable crying) atau jadi kurang aktif/lembik daripada biasa, maka bawalah anak anda ke klinik untuk pemeriksaan Dr.



Jadi macamana nak bagi baby berak?

Jika bayi anda tak meragam - tak perlu buat apa-apa 
smile emoticon

Jika dia mula meragam dan anda pasti ia bukan disebabkan perkara lain, antara tips yang saya selalu buat;
1. Demah perutnya
2. Sapu dan urut perlahan abdomennya dengan minyak bayi seperti yuyi/telon
3. Perah susu badan mengikut sukatan keperluannya, eg 3oz dan berikan sekaligus pada satu sesi penyusuan (instead of giving direct breastfeeding). Pastikan guna teat/puting yang bersesuaian dengan umurnya untuk mengelakkan/meminimumkan nipple confusion. Bila bayi hisap melalui puting botol, biasanya flow lebih laju dan ini boleh induce peristalsis (pergerakan usus) yang lebih aktif sehingga boleh stimulate bowel opening.

Jika semua tak berjaya juga dan anda lihat dia meragam dan tidak selesa, barulah berikan air gula/syrup lactulose.

Saturday, November 15, 2014

MITOS BREASTFEEDING II


BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #4: Anak saya selalu lapar sebab bila saya suakan breast dia mesti sentiasa tercari-cari


Selalu tak orang kata bayi anda lapar lagi/tak puas menyusu? Buktinya, bila suakan breasts atau test pakai tangan pun mesti dia tercari-cari lagi. Ada seorang staff di klinik saya, ibunya sampai berikan anaknya nestum sedangkan anaknya baru berusia 1 bulan!!! Kata ibunya anak hang lapaq pulak, bagi susu tak puas.

Tahukah anda, semua bayi mempunyai beberapa reflex yang Allah ilhamkan. Salah satunya adalah "rooting reflex" atau refleks mencari. Ini adalah satu fenomena di mana ketika pipi bayi diusap atau disentuh di bahagian pinggir mulutnya. Sebagai respons, bayi akan automatic memalingkan kepalanya ke arah benda yang menyentuhnya, dalam usaha menemukan sesuatu yang dapat dihisap.

Rooting reflex akan diikuti dengan sucking reflex (refleks menghisap) jika disuapkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini adalah refleks fisiologi normal bagi bayi dan tidak semestinya bermakna dia kelaparan. Dan refleks ini akan hilang perlahan-lahan bila bayi anda berusia 4-6bulan.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu dia masih menangis dan tak mahu hisap sgt pun. Kalau anda rasa anda dah berikan secukupnya, cuba burpkan dia.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu tak sampai seminit dia dah terlena. Bermakna dia sebenarnya menangis sebab mengantuk.


Cuba test pada bayi anda. Walaupun dia sedang seronok bermain atau bersembang sekalipun, bila anda test rooting refleks biasanya memang akan berlaku. Jadi ingat, rooting refleks tak semestinya bermakna bayi anda lapar lagi!  :) 

Friday, November 14, 2014

MITOS BREASTFEEDING I




BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #1: Susu belah kanan adalah nasi, susu belah kiri adalah air

Biasa dengar kan? smile emoticon
Subhanallah, Allah ciptakan breastmilk di kedua-dua belah breast diawali dengan foremilk (susu yg lebih cair ibarat air untuk bayi untuk menghilangkan dahaga bayi di awal penyusuan) dan later akan terhasil pula hindmilk (susu yg lebih pekat ibarat makanan kpd bayi untuk mengenyangkan bayi di akhir penyusuan). 
Tiada beza komposisi susu antara kedua belah breasts, dua-dua mempunyai "air" dan "nasi"  :)

MITOS #2: Susu belah kanan lebih sedap berbanding susu belah kiri

Seperti point #1, tiada bukti menunjukkan susu dari breast sebelah kanan lebih sedap, cuba anda perah susu dari sebelah kiri dan berikan pada bayi, pasti dia minum sepertimana dia minum perahan breastmilk drpd sebelah kanan kan?
Jika kebetulan anak anda kurang gemar hisap dari sebelah kiri, ada kemungkinan ia disebabkan pori yang lebih kecil & flow yg lebih perlahan berbanding flow breast di sebelah kanan :)


MITOS #3: Bagi bayi hisap kedua-dua belah breasts setiap kali menyusu, jika tidak breast akan besar sebelah!

Apabila anda menyusukan bayi daripada sebelah breast, automatic breast yg sebelah lagi akan turut mengalirkan susu. Ini disebabkan hormon oxytocin yang terhasil daripada rangsangan sucking baby. Hormon ini akan menghantar signal kepada kedua-dua belah breasts untuk merembeskan susu.
Saya lihat segelintir ibu ketika menyusukan bayi daripada sebelah breast,contohnya dari sebelah kanan, apabila susu mula menitik dari breast kiri, mereka cepat-cepat bertukar ke breast yg satu lagi sedangkan bayi baru mula hisap yg sebelah kanan dan masih belum puas.

INI ADALAH CARA YANG SALAH!

Dengan berbuat demikian, bayi anda hanya akan dapat foremilk sahaja daripada kedua-dua belah breasts - ini ibarat dia hanya minum air sahaja, jadi baby kembung dengan air dan akan cepat lapar semula.
Cara yang lebih tepat adalah bagi sebelah breast sampai terasa kosong dan lembut. Dengan cara ini barulah bayi akan mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk yang ia perlukan pada setiap sesi penyusuan (air + "makanan"). Jika bayi anda masih belum puas barulah berikan yang sebelah lagi.
Bila anak menyusu dari sebelah breast, saya sarankan anda buat tandem pumping - pamkan susu serentak dari yang sebelah lagi kerana waktu inilah flow susu sangat laju (kerana rangsangan oxytocin dari sucking bayi). Jadi, tidaklah bengkak/besar sebelah! smile emoticon Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau bayi anda selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, berikan sahaja kedua-dua belah.



mile emoticon