BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA
MITOS #5: Bayi yang fully breastfeeding akan mendapat masalah sembelit
Ramai orang consult saya (offline dan online) kerana bayi tak berak 4-5 hari. Saya juga kerap dapat referal sebab ada bayi yang fully breastfed tak berak seminggu.
Saya selalu nasihatkan para ibu yang menyusu badan penuh, jika bayi anda berak 10x sehari pun ia normal, jika dia berak 10hari sekali pun boleh jadi normal. Jika bayi anda fully breastfeeding, jangan risau. Asalkan bayi anda masih aktif, kentut kerap, tidak meragam, perutnya lembut dan tidak mengeras/kembung yang pelik dari biasa, insyaAllah your baby should be fine.
Jika dia tak meragam, tak perlu bagi air gula, tak perlu bagi jus/puri buah untuk "paksa" dia berak bagi bayi yang kurang daripada 6 bulan ya smile emoticon
Tahukah anda, susu ibu lebih mudah diserap oleh badan berbanding susu formula. Sebab itu kadangkala ada masa bayi anda kurang berak, kerana kebanyakan nutrien dan khasiat susu badan diserap menjadi "darah daging" bayi. Ini yang saya pelajari daripada para lactation consultants. Tidak seperti susu formula yang nutriennya kurang efisyen diserap oleh usus bayi lalu hanya keluar sebagai najis..
Jadi jangan terlalu suka bila anak anda berak elok dengan susu formula, ia tetap tidak setanding susu badan.. dan bagi ibu-ibu yang memberikan susu badan sepenuhnya, jangan terlalu risau insyaAllah anak anda bukan sembelit, dia hanya sedang memproses susu badan anda menjadi darah dagingnya smile emoticon
Bila anda patut risau?
Jika anak anda tak berak lama, dan anda lihat abdomennya kembung dan mengeras, dia tidak kentut dan sentiasa muntahkan kembali susu yg anda berikan, dia meragam dan menangis sentiasa (incosolable crying) atau jadi kurang aktif/lembik daripada biasa, maka bawalah anak anda ke klinik untuk pemeriksaan Dr.
Jadi macamana nak bagi baby berak?
Jika bayi anda tak meragam - tak perlu buat apa-apa
smile emoticon
Jika dia mula meragam dan anda pasti ia bukan disebabkan perkara lain, antara tips yang saya selalu buat;
1. Demah perutnya
2. Sapu dan urut perlahan abdomennya dengan minyak bayi seperti yuyi/telon
3. Perah susu badan mengikut sukatan keperluannya, eg 3oz dan berikan sekaligus pada satu sesi penyusuan (instead of giving direct breastfeeding). Pastikan guna teat/puting yang bersesuaian dengan umurnya untuk mengelakkan/meminimumkan nipple confusion. Bila bayi hisap melalui puting botol, biasanya flow lebih laju dan ini boleh induce peristalsis (pergerakan usus) yang lebih aktif sehingga boleh stimulate bowel opening.

Jika semua tak berjaya juga dan anda lihat dia meragam dan tidak selesa, barulah berikan air gula/syrup lactulose.
No comments:
Post a Comment