Friday, October 17, 2014

Kesan sampingan ESP - Berjaga-jaga!



Pada mulanya saya hanya ingin mengambil ESP untuk menambah susu badan, tiada niat lain. Memang masa tu stress sangat sebab dah nak mula kerja tapi belum mula buat stok susu lagi!
Maklumlah, anak pertama, takda pengalaman. Seronok sangat cuti bersalin 4 bulan, cuti sakan.
Alih-alih tinggal 10 hari nak kerja, kelam-kabut cari milkbooster nak buat stok susu badan.

Mak pernah suruh top up susu formula, saya berkeras kata JANGAN. Sebab bagi saya berapa mahal pun susu formula, betapa bagus pun iklan promosinya, ia tetap TIDAK SETANDING susu badan!

Tetapi, sungguh terkejut saya apabila mengalami side effect ESP Shaklee. Selain sekali sekala bengkak susu sehingga demam, saya turut mengalami kesan sampingan lainnya.

Saya menulis agar anda semua berjaga-jaga dan tidak terkejut jika ada mengambil set menyusu ini.

Antara kesan sampingan yang saya alami:

  1. Kulit makin cerah dan lembut
  2. Parut eczema saya makin pudar
  3. Berat badan turun sampai dapat achieve pre-pregnancy weight dalam tempoh 2 bulan consumption (berat terakhir sebelum bersalin 57.4kg, mula consume ESP + alfalfa masa Iffah 3 bulan setengah, masa Iffah lebih kurang 5 bulan, berat badan 43kg, sama seperti sebelum pregnant!)
  4. Tenaga luarbiasa walaupun ketika itu bulan puasa dan oncall hingga tidak sempat berbuka puasa
Berikut antara sahabat saya yang turut mengalami kesan sampingan ini! Asalnya nak consume sebab milkbooster, dapat pula effect lainnya!




Jadi berhati-hati!

Kesan ESP terhadap susu badan



Eksperimen: Mengkaji kesan ESP Shaklee terhadap susu badan

Hypothesis: Pemakanan supplemen ESP Shaklee mempengaruhi jumlah dan kepekatan susu badan

Inferens: ESP menambah jumlah dan kepekatan susu badan

Pemalar:
  • Jenis pam susu (Medela double electric pump)
  • Masa pam susu (antara 11am-12pm)
  • Tempoh pam susu (dalam 10minit-15minit – cik B tidak sempat dikosongkan sehingga habis kerana kesuntukan masa dan patient yang ramai di klinik, masa tengah pam pun nurse beberapa kali bukak pintu kerana patient dah tunggu)
  • Ketika mengepam kedua-dua cik B TIDAK BENGKAK (bagi baby hisap sebelum pukul 8am) *sangat penting kerana jika mengepam ketika cik B bengkak, susu memang akan jadi lebih banyak hingga 2-3x ganda – tak aci (nanti 'false positive' results jadinya)
  •  Saya tidak makan alfalfa, hanya ESP (kerana alfalfa saya baru habis 2 minggu lps, baru nak repeat order) – jika makan bersama alfalfa insyaAllah memang susu lebih banyak
  •  Saya tidak makan apa-apa milk booster yang lain spt kurma, longan, daun kucai, lobak putih dll - jadi eksperimen ini hanya mengkaji effect ESP SAHAJA on breastmilk
  • Saya tidak dipengaruhi faktor stress
  • Pagi-pagi saya sekadar minum dalam 300ml air sahaja pada pukul 7-8am – seharusnya perlu minum lebih banyak, insyaAllah kesannya susu akan lebih banyak


Pemboleh ubah: Tarikh 14/10/2014: Day 1 tanpa ESP, 15/10/2014: Day 2 tanpa ESP, dan seterusnya

Keputusan:

14/10/2014 - hari pertama tanpa ESP: 
Susu yang dipam sebanyak 7oz+ dalam satu sesi



15/10/2014 - hari kedua tanpa ESP: 
Susu yang dipam sebanyak 5oz dalam satu sesi


 

16/10/2014 - hari ketiga tanpa ESP:
Susu yang dipam hanya 3oz dan kelihatan lebih cair*


*perlu diingat bahawa susu badan Allah ciptakan ada foremilk (susu cair yang keluar di awal penyusuan – ibarat air untuk bayi) dan ada pula hindmilk (susu pekat yang keluar halfway semasa penyusuan – ibarat makanan untuk bayi). Dalam eksperimen di atas saya telah mencampurkan kedua-dua foremilk dan hindmilk dari kedua-dua cik B.


Kesimpulan: Supplemen ESP terbukti menambah kualiti dan kepekatan susu badan dengan berkesan

Semalam (16/10/2014) saya sudah mula ambil ESP semula secara konsisten. Tak sanggup nak tengok jumlah susu yang akan terhasil kalau berterusan tinggalkan ESP.




Hasil terbaru:


17/10/2014:
Susu yang dipam 8oz. Sudah mula nak bertambah sikit-sikit.


Ada rupa skema eksperimen budak sekolah tak? =)



*sebenarnya bukannya plan pun nak buat eksperimen ni, tak sengaja terlupa makan ESP 2 hari (sebenarnya malas sikit nak bancuh) tengok2 ada kesan pd susu badan bila pam di klinik... rasa excited nak share ;) 


Set susu bajet tapi berkesan!


TIPS BANYAKKAN SUSU II


TIPS PENYUSUAN IBU #5: Ilmu penyusuan
Usaha untuk lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang mencukupi seperti:
  • Prinsip supply and demand (lebih byk baby menyusu, lebih byk susu yg akan terhasil)
  • Power pumping, lebih-lebih lagi utk ibu-ibu yg bekerja (cubalah untuk pam dan kosongkan breasts anda setiap 2-3jam walaupun belum bengkak susu. Pamlah walau hanya dapat 0.5oz sekalipun. Breasts yang selalu dikosongkan akan menyebabkan otak detect bahawa susu dah tinggal sikit, maka lebih byk susu akan dihasilkan secara berterusan. JANGAN hanya tunggu dah bengkak baru pam ya. Nanti otak akan ckp "Susu dah cukup banyak, malaslah nak hasilkan lagi". Dan satu lagi, cuba bayangkan anda perlu menyusukan anak kembar! Psikologi boleh mempengaruhi susu yang terhasil)
  • Pastikan anda tahu bagaimana nak simpan stok expressed breast milk dalam peti ais, cara nak keluarkan susu dari peti ais dan kekalkan khasiatnya dll.
  • dll lagi.
Macamana nak tambah ilmu? IQRA' =)


TIPS PENYUSUAN IBU #6: Pengambilan supplemen
Jika anda telah mengamalkan kesemua tips sebelum ini tetapi masih belum mendapatkan hasil yang memuaskan, you may be one of those who can benefit from the help of supplements. Boleh cuba berikhtiar dengan mengambil supplemen milk booster ini, insyaAllah dapat membantu. 

Saya sendiri mengamalkannya dan alhamdulillah bukan sahaja sebagai milk booster, tapi baaanyak lagi khasiat lain yang saya dapat. Kulit saya yang alahan teruk dan flare of eczema semasa mengandungkan Irfan, sudah semakin pulih. Dulu orang selalu tegur saya "Doktor ni selalu nampak pucat" walaupun Hb saya 13.7g/dL. Sekarang orang tegur "Doktor ni putih melepak lepas cuti bersalin". Saya rasa pucat dan putih tidaklah banyak beza tapi bagi saya putih tidak membawa konotasi negatif sepertimana bila orang tegur kita pucat. 

Oh ya, cuma berhati-hati dengan kesan sampingannya - bengkak susu! 

Sila SMS/Whatsapp 011-3205 7105 untuk konsultasi personal dan best price untuk set penyusuan Shaklee paling bajet. 



TIPS PENYUSUAN IBU #7: Bersyukurlah

Bersyukur?

Ya, bersyukurlah... walaupun susu yang anda pam sangat sedikit. Bersyukurlah kerana Allah masih merezekikan anak anda melalui susu badan anda.

Dulu saya suka mengeluh kenapa susu kali ini tidak sebanyak dulu masa menyusukan anak pertama. Selalu membanding2 dan merungut. Sampai satu hari suami tegur bersyukurlah ada juga rezeki Irfan.

Astaghfirullah, sy mula sedar. Sejak tu sy sentiasa bersyukur walaupun sy rasa hasil pam tidak sebanyak dulu. To my surprise, susu benar2 gradually bertambah!

Bukankah Allah dah janji, jika kita bersyukur Dia akan tambahkan nikmatNya?


Tuesday, October 14, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU I

TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.
Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih2 lagi di hari2 pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula (yang dah mula naik harga sejak subsidi minyak turun ni)... 
Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 3-5ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colustrum (yang anda asyik cakap tak cukup tu) biasanya terhasil sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.
Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!


TIPS PENYUSUAN IBU #2: Banyakkan berdoa dan solat dhuha
Doalah sungguh2, "Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sibuk bekerja”.
Usahakan supaya solat dhuha jangan ditinggal. Ingat, rezeki Allah yang bagi 


TIPS PENYUSUAN IBU #3: Banyakkan pengambilan milk booster
Antara makanan yang boleh jadi pemangkin/booster kpd penghasilan susu adalah soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba.


TIPS PENYUSUAN IBU #4: Minum air yang mencukupi
Kalau nak penghasilan susu 1 liter, takkanlah kita hanya minum 1 liter juga? Mana cukup, minum air banyak-banyak, atleast 2-3liter sehari! Maafkan saya, jika ada yang masih mengamalkan amalan berpantang dengan mengehadkan air yang perlu diminum, saya kurang bersetuju kerana ia akan menyebabkan susu anda kurang, bila susu kurang anak anda berisiko untuk mendapat jaundice (kuning). Jika boleh amalkanlah juga makanan seimbang dalam pantang agar nutrien yang cukup dapat membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman. 

Monday, October 13, 2014


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kumulakan semula...
Sungguh tidak kusangka, sudah hampir tiga tahun pena diam tanpa karya, kalam kelu tanpa bicara.
Labah-labah penuh bersarang, laman pula habis bersawang.

Kali terakhir update blog ketika baru 7 bulan menjadi isteri, kini diri bergelar ummi pada sepasang cahaya hati. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Sepanjang housemanship hanya sekali sahaja update blog, tu pun pasal kawin. Banyaknya pengalaman berharga ketika houseman tidak dicoretkan, kini hanya tinggal kenangan. Rugi rasanya tidak diterjemah dalam bentuk penulisan.

Bermulalah tugasku sebagai MO di tempat baru yang sangat asing bagiku pada awal tahun 2014. 
Dari suasana sibuk kota metropolitan ke ceruk kampung yang penuh ketenangan. 
Dari Hospital Selayang di tengah kota ke klinik kesihatan yang damai di desa.




Duduk area perkampungan tidak dinafi aku jatuh cinta…
Pada suasana kampung yang seakan tenang sentiasa…
Pada orang kampung yang sangatlah ramah ceria…
Seolah tiada stress dek kesibukan kota…
Dan tidak pula dicemar hiruk pikuk kekalutan penghuninya…

Tapi meski cinta pada kampung ini kian mekar berbunga…
Hati ini tetap terasa ingin ke KL semula…
Walau di situ kos hidupnya berlipat kali ganda…
Jalan jam setiap hari sangat menguji sabar dan redha…
Tekanan hidup kota metropolitan yang sangat menyesakkan dada…

Namun di situlah tempatnya keluarga besarku berada…
Duduk bersama mereka pasti semua terasa lega…
Aduh hati ini sarat dengan rindu pada kalian semua…
Berat meninggalkan kegencahan dakwah dan tarbiyah di sana…
InsyaAllah jika takdir Allah mengizinkan, moga akan kupulang ke sana…

Paling tidak kupohon doa…
Agar mampu kumeriahkan tarbiyah di sini juga…

Thursday, January 26, 2012

CINTA pasca pernikahan


Dengan izin Yang Maha Kuasa, sebuah lagi MASJID sudah terbina...

Masa berlalu sangat pantas.

Seperti baru semalam ia berlaku.

Ya, seperti baru semalam dia melafazkan “Aku terima nikah Farhanah binti Ibrahim dengan mas kahwinnya RM80 tunai”

Tanpa disedari, kini diri ini sudah lebih 7 bulan bergelar isteri. Sukar nak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Kami mungkin tidak sama seperti pasangan bercinta yang lain. Tidak pernah ada calling-calling. Tidak pula bertukar SMS. Bahkan nombor telefonnya pun tidak ada dalam handphoneku. Berjumpa berdating, jauh sekali.

Kali pertama bertentang mata, dia sudahpun bergelar suami. Saat dia duduk di depanku menutur lafaz ta’liq, sukar untukku menghayati, sebahagiannya kerana terlalu malu, sebahagian lain kerana kaget, “Oh, begini rupanya suara dia”

Kami di‘adjust’ oleh orang tengah. Lillahi ta’ala, kami saling menerima atas dasar agama semata, bukan kerana rupa, bukan kerana harta. Cukuplah istikharah penunjuk Allah, menanamkan keyakinan tidak berbelah.

Sepanjang tempoh bertunang, Alhamdulillah Allah Maha Pemelihara. Tiada sidikitpun perasaan cinta, sayang, apatah lagi rindu bertamu di dada. Ikatan tunang hanya kuanggap sebagai sebuah janji antara dua insan dan dua keluarga, tidak lebih dari itu. Ia tidak menghalalkan apa-apa.

Mak abah pernah bertanya, “Langsung tak pernah kenal ni, boleh ke hidup dengan dia nanti?”

Aku hanya menjawab, “InsyaAllah”.

Setelah menikah, sukar untukku mempercayai, begitu mudah hadirnya rasa cinta biarpun si dia tidak pernah kukenal langsung selama ini. Baru 3 hari bernikah, rasa seperti dirinya sudah 3 tahun dikenali. Dan dia turut mengakui perasaan yang sama. Lebih bermakna, kami seolah tiada expectation apa-apa, dengan mudah boleh menerima each other seadanya. Subhanallah, bila menjaga hubungan sebelum bernikah, demi Allah, barakahnya amat sangat terasa pasca pernikahan.

Malam pertama kami

Malam pertama kami mungkin juga tidak sama seperti pasangan-pasangan lain. Setelah selesai majlis di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi petang itu, kami terus bersiap-siap untuk menghadiri sebuah forum di PJ. Ya, itulah program pertama kami setelah bergelar suami isteri. Di situlah dapat kutemui ramai sahabat-sahabat yang tidak berpeluang untuk ke majlisku kerana perlu menghadiri program tersebut. Seusai program, jam sudahpun menunjukkan hampir 12 malam.

Kerana terlalu seronok bertemu sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berjumpa, aku jadi lupa, si suami sedang menunggu penuh setia. Dari kejauhan dia memerhatikanku di tengah keramaian. Hendak memanggilku, dia rasa segan. Nak call pula, nombor handphoneku masih belum sempat dia dapatkan.

Bila teringat semula, terasa lucu. Manis sungguh kenangan itu. Tak sangka sudah lebih setengah tahun ia berlalu.

Antara FITNAH dan PERHIASAN TERINDAH

Bagi pasangan lain di luar sana, jika anda berjaya menjaga muamalah sebelum bernikah, tahniah. Jika anda masih berusaha, kuatkan tekad, mintalah kekuatan dari Yang Maha Kuat.

Ingatlah, setiap kali anda bertentang mata ketika keluar bersama, syaitan sedang bersorak gembira, “Yes, zina mata ini akan membawa pula ke zina hati, next step lebih mudah bagiku”

Ingatlah, setiap kali anda berbalas SMS yang berbunga-bunga itu, setiap kali anda calling-calling si dia, sama ada dengan suara manja atau tegas sekalipun, syaitan juga sedang bersorak gembira, “Pasti dia akan teringat-ingat pasangannya, tenggelam dalam rindu dan sayang, padahal si dia masih belum halal untuknya”

Ingatlah, sekalipun anda hanya menghantar SMS tazkirah yang mengingatkan si dia pada Allah, syaitan lebih tinggi melonjak riang, “Yes, dia telah tertipu dalam maksiat yang bertopengkan kebaikan, pasti hatinya akan teringat-ingat dan semakin sayang pada pasangannya, mudah sungguh aku perdaya mereka utk melakukan zina hati”

Subhanallah, andai anda rasa anda tegar diuji, usahlah terlalu yakin. Bukankah bapa kita Adam jua pernah diperangkap tipudaya sang Iblis? Iblis dan tenteranya sangat licik. Pengalamannya banyak, mulai dari zaman Adam hinggalah sekarang.

Semoga kita semua termasuk insan-insan yang sentiasa bernaung dalam pemeliharaan Allah, yang akar imannya masih teguh berdiri walau badai maksiat begitu kuat melanda.

Ketahuilah, 2 fitnah terbesar akhir zaman terdiri dari harta & WANITA. Wahai insan-insan yang bergelar wanita di luar sana, jagalah diri, jagalah iman, jagalah maruah sebagai seorang wanita solehah. Jangan sampai anda menjadi FITNAH yang melebur ego lelaki, merobek iman mereka, menghancur taqwa mereka, melupakan mereka pada YANG ESA, mengheret mereka ke jurang seksaNYA... Sedangkan merekalah yang sepatutnya memimpin kita. Teruskan usaha anda untuk menjadi mawar-mawar berduri yang dengannya maruah anda dijaga rapi, tidak akan tercalar hanya kerana manusia bernama lelaki.

Dan kikislah duri tersebut suatu hari nanti, hanya untuk seorang insan bergelar suami. Saat itu, persembahkanlah cintamu, nikmatilah erti rindu, dan jadilah PERHIASAN TERINDAH untuk si dia yang HALAL untukmu.

Friday, July 15, 2011

Professional Exam Episode V: Saatku disapa ujian HEBAT...


Tanggal 27 Mei 2011, aku diduga dengan sebuah ujian hebat yang bukan calang-calang, kukira ini antara uijan yang paling hebat pernah melandaku setakat hidupku selama hampir 25 tahun ini.

Allah telah mengujiku dengan menganugerahkan Distinction dalam final professional exam, sebuah ujian nikmat yang tak pernah kupinta, tak pernah ku sangka-sangka. Bahkan sebelum professional exam, aku sudahpun bersedia utk menghadapi apa sahaja kemungkinan setelah kuusaha sehabis daya.

Selama berbulan-bulan aku memohon dalam doaku, “Ya Allah izinkanlah kami satu batch lulus professional exam, itu pintaku ya Allah, Kau qabulkanlah”

Namun hanya beberapa hari sebelum exam, doaku bertukar, “Ya Allah, kurniakanlah apa yang Kau Tahu terbaik utk kami. Andainya gagal dalam professional exam itu yang terbaik untukku, maka aku bersedia menerimanya, kerana Engkau Maha Tahu. Namun Kau terbitkanlah redha dan sabar dalam hatiku”

Dan saat itulah, baru aku merasai kemanisan tawakkal yang sebenar-benarnya. Bilamana kita berserah sepenuh hati pada Allah... dan kita gantungkan semua harapan padaNya, sedang kita bersedia menerima apapun ketetapan yang Allah Tahu terbaik utk kita, sekalipun ianya pahit di hati kita, buruk di mata manusia...

Sesuatu yang nampak impossible, bilamana Allah mengatakan ‘kun fayakun’, maka terjadilah perkara yang paling mustahil sekalipun.

Awalnya kurasakan, aku tidak ingin pun distinction untuk diriku sendiri, apatah lagi bila ia mampu menerbitkan penyakit-penyakit hati yang tidak diingini. Namun andai distinction ni untuk Islam, untuk dakwah, ku berdoa moga Allah kurniakan yang terbaik. Tak penting pun bagiku, distinction atau tidak. Yang lebih penting adalah menjadi Dr dengan attitude yang distinction, dan seperti yang kunyatakan dalam ‘speech bidan terjunku’, yang paling penting adalah distinction di sisi Allah, dan itulah yang seharusnya menjadi target utama kita semua, insyaAllah...

Semoga kita semua dapat menjadi Dr luarbiasa, yang bukan setakat menyembuh manusia dengan izin Allah, tapi sebagai ‘agen’ Allah untuk menyembuh ummah dari segala penyakitnya, dan gemilangkan Islam di muka bumi ini... Ameen!