Wednesday, November 12, 2014

TIPS LEGAKAN BENGKAK SUSU!



BENGKAK SUSU, SAKITNYA!!!
Hari ini ada seorang ibu yang sedang menyusu jumpa saya complain breastnya sangat sakit tp tidak bengkak susu pun. Anaknya sudah 6 bulan dan masih minum susu badan, alhamdulillah.
Tapi dia pelik sebab sakitnya sama seperti bengkak susu, tp bila diperiksa breastnya tidak bengkak pun. Pernahkah anda mengalami perkara yg sama?

Tahukah anda, sekiranya nipple anda tercedera atau ada luka (biasanya disebabkan trauma ketika baby sucking), bila luka tersebut menjadi parut, liang pori susu anda boleh tersumbat. Tapi ia hanya melibatkan 1-2 liang pori yg tersumbat manakala liang lainnya masih boleh mengalirkan susu seperti biasa.


Liang pori yang tersumbat disebabkan parut itu akan menyebabkan susu tak boleh mengalir keluar, manakala liang2 lain yg tidak tersumbat mengalirkan susu seperti biasa... jadi breast anda tidak bengkak sepenuhnya sebagaimana lazimnya bengkak susu biasa, tapi ada individual breast lobules yg bengkak di dalam...Kadang-kadang sampai berhari-hari kerana jika anda pam pun, susu susah nak keluar drpd liang yg berkenaan sebab porinya dah tersumbat! Anda bagi baby hisap? Lagi sakit!

Syukur Allah pernah datangkan masalah yg sama kpd saya, jadi lebih mudah bila nak advice patient. Bagaimana cara nak atasinya?

1) The painful way - urut dengan kuat di tempat yg sakit dengan direction ke arah nipple sehingga liang pori berparut itu terbuka & susu memancut keluar darinya

2) The less painful way - cuba ikhtiar dengan lecithin. 
Kata Dr Jack Newman (a Canadian physician & lactation consultant), "It (lecithin) may do this by decreasing the viscosity of milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk"
Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu agar lebih mudah untuk dikeluarkan daripada liang yg tersumbat itu. Dos yg dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari ketika bengkak susu.
Boleh juga sapu herbal blend cream pada bahagian nipple crack, insyaAllah akan lega.





No comments:

Post a Comment