Seperti biasa, di akhir-akhir posting, biasanya medical students bertungkus lumus memenuhkan logbook i.e. mengambil darah, memasang branula, memasang CBD, etc. Lebih-lebih lagi bila FNAC tak berkesempatan nak tengok, scope pun sikit, jadi kenalah compensate dengan blood-related procedure ni.
Bagi yang jujur dan yakin setiap perkara akan dipertanggungjawabkan, mereka akan berusaha mencari procedure sendiri sehingga stay sampai malam atau weekends. Tapi bagi yang kurang peduli apa yang bakal dijawab di depan Allah esok, mereka akan menipu dengan pelbagai cara, termasuk meminta H.O. sign ‘blank cheque’ agar dia boleh isikan procedure yang sebenarnya tidak ia lakukan.
Beberapa hari terakhir posting surgeryku, aku meng-hunting procedure sampai ke wad IM. Jam menunjukkan pukul 6.40pm. Seorang H.O. sedang bertugas dan agak teruja mempersilakan aku membantunya mengambil blood C&S, FBC, VBG etc. Selesai habis procedure, aku kembali ke kaunter utk mendapatkan sign H.O. tersebut. Dengan mask yang masih melekat di muka, tiba-tiba dia bertanya kepada staff nurse di sebelahnya,
“Eh, kat wad ni boleh solat tak? Aku tak solat Asar lagi ah”
Aku melihat jam sambil berpandangan dengan temanku. 7.00pm. Tak solat Asar lagi?
Aku pun dengan rela hati menawarkan “Dr, saya boleh hantarkan specimen STAT ni semua. Saya boleh tunggu kat bawah, Dr tak solat lagi kan,”
“Oh, baiknya ko. OK, FBC ni semua takyah tunggu, ko tunggu VBG je. Thanx eh”
Aku pun bergegas ke bawah utk hantar specimen. Jam sudah pukul 7.15pm. Syukur golongan wanita Allah kurniakan MC setiap bulan, jadi tidaklah aku risau pasal solat maghrib waktu tu. Sedang aku menunggu di lab, tiba-tiba muncul kelibat H.O. tadi, dengan cemasnya panggil lab assistant,
“Kak, boleh tolong trace tak result patient ni? Potassium dia high, 8.2 ni. Tolong checkkan balik boleh?”
Aku melihat jam. 7.20pm. Eh Dr ni dah solat Asar ke? Aku cuba berbaik sangka, mungkin tadi dia dah solat kejap sementara aku turun dan tunggu result patient. Tapi... alahai, masknya masih melekat di muka...
Aku cuba bayangkan. Nanti H.O., takkanlah takda masa langsung sampai solat 5-10 minit pun tak sempat? Seorang temanku, H.O. di Hospital Serdang nasihatkan, “Jadi H.O. ni kena selalu berwudhu’”
Rasanya bolehlah disimpulkan, hendak seribu daya... mungkin ada masa-masa emergency yang betul2 tak sempat, e.g. kalau kita tinggalkan patient utk pegi solat, patient boleh mati... Tapi itu mungkin situasi terpencil, kenalah jama’ maybe. Tapi kalau kebiasaannya, kitalah yang kena pandai curi masa. Kita kan tak tahu bila emergency tu akan terjadi, mcm tadi, tetiba potassium patient high pulak, jadi kalau ada masa yang ‘tak emergency sangat’, cepat-cepatlah tunaikan solat... Kalau dari awal dah ‘lenient’, tak set pun dalam mind masa utk solat walaupun 5 minit, kononnya sbb “Aku kan H.O., akulah yang paling sibuk dalam dunia”, jadi dengan mindsetting mcm ni, mungkin mudahlah utk seseorang tu tinggalkan solatnya...
Na’uzhubillah, semoga Allah pelihara kita... semoga kita semua menjadi hamba-hamba yang sentiasa cuba utk taat dalam menunaikan hak Tuannya, dalam situasi apapun jua...