Tuesday, December 28, 2010

Apabila tiada lagi peluang kedua...


Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.

Exam clinical Paediatrics ku tak berjalan dengan begitu baik, namun Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history separuh je, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”

Dengan terpinga-pinga, aku bangun meninggalkan prof, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…

Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”

Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…


“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”

Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… KeputusanNya muktamad, tiada lagi talian hayat... Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke……. neraka.

Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…


Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….


Tapi ketika itu, kita tahu… tidak akan ada lagi peluang kedua… ketika itu, penyesalan yang kita rasai, pastinya tak tergambar dek akal fikiran ini… Na’uzhubillah…

Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail end-posting pun, ada peluang untuk perbaiki masa final professional exam nanti. Kalau fail final pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.

Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?

Saturday, December 4, 2010

Bila nikmat sihat ditarik sementara...


Sudah lama rasanya nikmat sihat ini tidak ditarik olehNya. Sehingga terkadang kita terlupa, ia hanyalah pinjaman semata. Bilamana sekali ia ditarik, subhanallah, barulah terasa kesihatan itu, alangkah nikmatnya!

Penangan acute gastroenteritis (AGE) terasa begitu menguji kesabaran. Dengan vomiting & diarrhoea yang bertalu-talu meski sudah menerima IM Maxolon, terasa tiada lagi daya yang tersisa, hingga berdiri pun hampir pitam, solat pun harus duduk...

At one point, sebelum memejamkan mata, aku mengucapkan 2 kalimah syahadah, just incase mata ini takkan celik lagi...

Huh, baru sekarang mahu mengingati mati? Bukankah kematian bisa mengundang pada bila-bila masa sahaja, baik ketika sakit mahupun sihat? Astaghfirullah al-‘azhim... Betapa larutnya diriku dalam kelalaian selama ini.. Ampunilah hambaMu ini, ampunkan daku, ya Illahi...

Namun, di sebalik ujian ini, banyaknya tarbiyah yang dihantarkan olehNya, semuanya dalam satu pakej bersama dugaan bernama AGE...

Dia tunjukkan padaku betapa ramainya sahabat yang sangat sedia mengorbankan masa dan tenaga untukku.. Sahabat yang sanggup bergadang untuk menjagaku... Roommate yang sanggup buat tap water sponging di kala temperatureku spiking high... Roommate yang sanggup berkejar-kejar membelikan roti kosong untukku...

Terima kasih semua, kerana pengorbanan kalian... Hanya Allah saja yang bisa mengganjarinya... Dan paling kusyukuri, terima kasih ya Allah..

Yang telah mengirimkan ujian ini untukku bermuhasabah...

Agar tidak lagi membuang masa untuk perkara yang tiada faedah...

Bila pinjaman nikmat sihat ditarik, semua kerja kan terasa perit dan payah...

Terima kasih ya Allah,

Kerna memperingatkanku agar mensyukuri banyaknya nikmatMu yang melimpah ruah...

Menunjukkan tanda perhatianMu pada seorang hamba yang sering kalah...

Kalah dengan hawa nafsu dan pujuk rayu dunia, sehingga ia harus dikejutkan dengan ujian yang menjengah...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, wa Alhamdulillah ‘ala kulli haal...


Dan syukur ya Allah, masih dipanjangkan nikmat nyawa...

Namun kita tetap harus sedar, kehidupan ini sementara cuma...

Rebutlah 5 perkara, sebelum tiba yang 5...

Hidup sebelum mati

Sihat sebelum sakit

Lapang sebelum sempit

Muda sebelum tua

Kaya sebelum fakir

(Riwayat Hakim & Baihaqi daripada Ibnu Abbas, disahihkan Albani)

Sunday, November 28, 2010

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu...

I first watched this video when browsing through my batch's blog. And I cried. So I thought, if I was moved into tears, insyaAllah others would be touched too.

Tuesday, October 26, 2010

Terima kasih sahabat-sahabatku...


My dearest friends, whom I love with my heart and soul...

No amount of thanks can repay you enough,

And no words can be sought to express my appreciation,

But Allah knows how deeply touched my heart felt,

And how grateful I am to Him, for sending me all of you as my friends, my sisters, my family members, my usrahmates...


I really loved the caramel, the cheese, the biscuit crumbles...

And I very much enjoyed the chocolate button on its top...

But what I love most is the L.O.V.E. you mixed with the ingredients...

I could taste the L.O.V.E. in every bite I took...

And that’s what makes the cake most delicious and meaningful...

Thank you so much, I love every single one of you...


And I pray, I really pray...

May Allah grant us all with His Jannah...

And may we meet again there one day, insyaAllah...

But my biggest fear remains still...

“Semua ke syurga kecuali dia, ku khuatiri, dialah DIRIKU...”

Saturday, October 2, 2010

Makcik itu...

Suatu pagi Ramadhan yang lalu, di klinik MOPD (Medical Outpatient Department)...


Sedang aku dan sahabatku tercegat di bilik Dr A menunggu patient seterusnya, seorang makcik diusung dengan wheelchair masuk ke bilik Dr.

“Oh, seorang lagi patient Rheumato,” detik hatiku.

Makcik ini selain ada Rheumatoid Arthritis, dia juga ada hypertension and tengah makan ubat untuk kedua penyakitnya. Lepas cek tekanan darah makcik, Dr pun tanya,

”Makcik ada makan tak ubat darah tinggi? Tinggi tekanan darah makcik ni,”

“Ada, kali terakhir makcik makan pukul 3 pagi tadi. Lepas tu dah puasa.”

“Awal makcik bangun sahur?”

“Hmm, makcik qiyamullail dulu”

Aku seakan tersentak dari lamunan.
Mataku terus melulu pada lutut makcik ini yang kian bengkok, sehingga menyebabkan dia kini tidak lagi bisa berjalan tanpa sokongan.
Aku lihat pula jari jemarinya yang bengkak, sehingga tidak memungkinkan cincin dan barang kemas menghiasi sewenangnya di tangan.
Hendak memakai baju sendiri pun, dia punya kesulitan.



Makcik ini mempunyai penyakit yang sudah mulai menyebabkan kecacatan, namun dia masih kerap mengikuti kegiatan amal anjuran masjid, dan masih istiqamah bangun Qiyamullail di sepertiga malam terakhir!

Teringatku pada kisah Amru bin Jamuh sahabat Nabi SAW yang tempang dan mendapat cahaya Islam ketika dirinya sudah tua renta.
Bila panggilan jihad ke medan Uhud bergema, dia tak ingin ketinggalan walau sedepa.
Namun anaknya melarang...
Kerana si bapa sudah tua dan tempang!
Bukankah ayah punya rukhsah untuk tidak pergi berperang?

Namun apakah jawapan seorang Amru bin Jamuh?

"Dengan cacat tempangku ini aku bertekad merebut SYURGA!"

Bagaimana kita yang sihat walafiat ini??? Yang lutut masih mampu berdiri gah, kaki masih bisa melangkah, tangan dan sendi masih kuat dan gagah?


“Malulah wahai Hana!” Berkali-kali aku mengingatkan diriku sendiri.

Monday, September 13, 2010

Kisah Monyet



“Ok, sebagai pembukaan halaqah hari ni, akak nak ulang balik kisah monyet yang pernah akak cerita dulu. Kisah ni dah pernah akak ulang, siapa yang ingat dan boleh ceritakan balik?”

Aku memulakan halaqah setelah membuka majlis dengan Basmallah dan Ummul Furqan, majlis nan teduh dinaungi sayap malaikat, insyaAllah.

Semua senyap, dahi masing-masing berkerut. Raut wajah yang menunjukkan mereka sedang berusaha mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang barangkali pernah didengar, namun sekarang hanya tinggal samar-samar.

Aku masih menyimpul senyum.

Setelah beberapa ketika suasana senyap, tiba-tiba salah seorang bersuara.

“Oh, ada-ada.”

“Ha, boleh ceritakan balik kisahnya?” Syukur ada juga yang masih ingat. Aku mulai mendengar, dengan penuh semangat.

“Hm, ada seekor monyet, dia panjat pokok kelapa. Hm, pastu macamana entah. He, dah lupa la kak, akaklah ceritakan balik?”

Aku senyum semula. Beberapa hari sebelum itu, kami semua bercuti sebelum masuk sesi akademik baru. Kami lain-lain course, lain-lain year. Ada yang nursing, dentist, medic. Ada yang masuk 3rd year, 4th year, 5th year. Ada yang cuti 1 minggu, 2 minggu, 3 minggu. Sempena semua baru pulang dari bercuti, aku mengambil peluang mengulang kembali kisah monyet yang sama.

Kisah monyet yang sama juga, pernah kuceritakan kepada adik bongsuku suatu ketika dulu, 1 atau 2 tahun yang lalu. Baru-baru ini ketika cuti, saja aku bertanya, apakah dia masih ingat ‘Kisah Monyet’ yang pernah kuceritakan dulu. Hampir saja 100% aku yakini, dia tak mungkin masih ingat cerita yang satu ini. Dek terlalu yakin, aku sampai mengatakan,

“Aqin mesti tak ingat kan?”

“Aqin ingat. Monyet ni panjat pokok kelapa yang tinggi. Sampai kat atas tu, tiba-tiba angin bertiup kencang. Macam ribut taufan. Tapi makin kuat angin bertiup, makin kuat monyet ni peluk pokok kelapa tu. Last-last ribut taufan pun berhenti, monyet ni tak jatuh pun.

Lepas tu, angin lembut pulak bertiup, angin sepoi-sepoi bahasa. Monyet ni pun leka, dia rasa sedap je angin tu. Makin lama, makin perlahan dia peluk pokok kelapa tu, last-last monyet ni pun jatuh bedebuk atas tanah”

Maka terkedulah si kakak ini. Punyalah aku terperanjat dan tidak menyangka sama sekali, adik lelakiku ini mampu menceritakan kembali, setiap butir perkataan yang pernah kuceritakan padanya dulu, siap dengan menggunakan perkataan yang sama lagi!

“Pengajarannya?” aku buat-buat selamba. Saja ingin menguji lagi. Apakah dia akan gagal kali ini?

“Pengajaran dia, manusia ni, bila susah je ingat Allah. Makin Allah bagi ujian, makin kita ingat dan dekat dengan Allah. Macam monyet tu tadi. Lagi kuat angin bertiup, lagi kuat pokok tu dia peluk.

Tapi bila Allah bagi kita senang sikit, manusia ni sekejap je lupa Allah. Angin bertiup sedap je, monyet ni pun leka, last-last jatuh ke tanah”

Terkedu lagi si kakak ini.

Akhirnya aku tidak dapat menyembunyikan perasaan. “Macamana Aqin boleh ingat ek semua yang akak cerita ni? Akak tanya kawan akak semua tak ingat pun. Semua tak dapat ceritakan balik macam Aqin buat”

“ALAH, AQIN CERITAKAN KAT KAWAN AQIN”

Lesson #1:

Jangan underestimate orang.

Lesson #2:

Berkongsi ilmu dengan orang lain bukan sahaja dapat mengukuhkan ilmu di dada, bahkan dapat menguatkan memori kita.

Lesson #3:

Ambillah pengajaran kisah monyet ini, dan kongsikan =)

Aku suka mengaitkan kisah ini dengan student life. Sebab itu kuulang kembali kisah yang sama selepas cuti. Kisah yang cukup simple, namun cukup terkesan buat muhasabah untuk sahabat-sahabat dan yang paling utama diri sendiri. Sebelum exam, wah bukan main khusyuk solatnya, doa pun beriya. Sujud pun lama daripada biasa. Tapi once habis exam je, bila cuti je, hmm...

Lesson #4:

Jangan jadi seperti monyet ini.

~Adaptasi kisah monyet diperoleh daripada untaian nasihat Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah yang dilakonkan semula dalam filem Sang Murabbi. Nasihat Allahyarham seringkali singkat sahaja, namun begitu berisi dan terkesan di jiwa. Moga Allah merahmatinya dan merahmati kita semua. Ameen.

Tuesday, July 20, 2010

Saat RINDU mencengkam kalbu...





Entah kenapa…

Tiada ribut melanda, tiada pula angin menerpa…

Tapi secara tiba-tiba…

Hati ini diserang rindu yang mencengkam jiwa…

Rindu yang amat sangat, sukar kuungkap dengan kata-kata…

Apakah ini tandanya cinta...

Ku rindukan semua keluargaku di Surabaya…

Ku rindukan Mbak Mia, Mbak Ninik, Mbak Dwi sama Mbak Naritha…

Ku rindukan belaian kasih dan layanan mesra mereka…

Yang menyantuni kami sebagai tamu, dengan penuh istimewa…

Ku rindukan sepeda motor kepunyaan Mbak Mia…

Yang setia membawaku ke sini dan ke sana…

Ku rindukan Bu Tuti dan Dik Ira…

Apatah lagi si Bagus adiknya…

Ku rindukan Mbak Dani, murobbiku tercinta…

Dan teman-teman halaqahku, meski ketemu sekejap cuma…

Juga teman-teman ITS, saat melakar kenangan di Jambatan ke Madura…

Ku rindukan Eva, Mia, dan Mina...

Yang senantiasa ceria, tersenyum dan tertawa...

Seakan tak pernah mengenali, apakah ertinya duka...

Trimas pada Pak Jazelan, supir kami yang setia…

Semoga cahaya Islam, kan sampai ke hatinya…

Juga untuk Pak Doyok, yang mengantar kami dengan angkutnya…





Ah, rindu ini, semakin memberat di dada…

Bahkan sungguh tidak kusangka…

Aku turut menyimpan rindu kepada…

Instalasi Rawat Darurat, Rumah Sakit Dr.Soetomo di sana…

Doktor-doktor yang humble, sukarnya ketemu persis mereka…

Malah turut kurindui bunyi hon di jalan-jalanraya di Surabaya…











b


Aduh…

Apakah manisnya ukhuwah ini…

Apakah nikmatnya kasih sayang ini…

Harus kubayar dengan rindu yang menggunung tinggi…

Saat berpisah di mata, meski tidak di hati?

Kita jua tak pasti…

Kapan kita kan ketemu lagi…

Mampukah ku terus menanggung rindu yang sarat ini…

Rindu yang menyesakkan dada, mengasak sanubari…


Untuk kalian yang pernah mengenali diri ini…

Semoga kita kan bisa ketemu lagi…

Namun sampai saat itu terealisasi…

Sama-samalah kita terus saling mengingati…

Dalam doa Rabithah pengikat hati…

Ya Allah Yang Sedang Mendengar permintaan kami ini…

Ketemukan kami kembali, Ya Illahi…

Meskipun tidak di dunia yang fana ini…

Semoga suatu hari di Syurga yang abadi…

Dengan izinMu, kami kan bersatu kembali…

Ameen, Ameen, Ameen, Ya Rabbi…