Wednesday, April 14, 2010

Khidmat Masyarakat di Kg Sri Damai - Episod IV







Ya, perasaan yang kualami itu… Tidak pernah aku menyangka, ia akan hadir dlm diriku, malah ia sudah hadir sejak aku bergelar Medical Student lagi! Bagaimana nanti andai aku diizin Allah untuk menjadi seorang medical practitioner? Apakah perasaan itu akan berterusan, dan kian bertambah parah?

Perasaan itu, adalah perasaan Nak habiskan patient secepat mungkin sebab ramai lagi sedang menunggu, dan tak mahu patients yg lain menunggu lama-lama”

Itulah perasaan yg kumaksudkan… Dan perasaan itu bertambah kuat bila kawan-kawan suruh mempercepatkan sesi consultation… Aduh, hatiku meronta ingin memenuhi hak yang sewajarnya kuberikan untuk setiap respondent, namun keadaan seakan-akan tidak mengizinkan…

Itulah perasaan yg melanda ramai Dr terutamanya yg bekerja di sector kerajaan…

Itulah perasaan yg tak mampu ditepis andai satu hari seorang Dr perlu bertemu lebih 300org patient…

Itulah perasaan yg menyebabkan seorang Dr terus memberi prescription ubat, tanpa sempat melihat wajah pesakit apatah lagi menyentuhnya utk physical examination…

Itulah perasaan yg membuat seorang Dr hanya melihat bed ticket di wad-wad hospital kerajaan, dan tak sempat langsung memandang pesakit di atas katil tersebut…

Itulah perasaan yang bisa membunuh rasa empati seorang Dr kepada pesakitnya…

Itulah perasaan yang mencuri hak setiap pesakit yg layak menerima rawatan dan consultation terbaik setelah menunggu 3-4 jam lamanya…

Itulah perasaan yg menyebabkan ramai patient jadi serik hingga tak mahu lagi ke klinik kerajaan yg dianggap ‘tak berbaloi jumpa Dr setelah menunggu sekian lama’

Itulah perasaan yang sangat aku tak setujui…

Itulah perasaaan yang sebolehnya ingin ku jauhi…

Namun, itulah perasaan yg datang bertandang di hati…

Tanpa diundang, tanpa dipinta, tanpa aku merelakan, tidak sama sekali…

Perasaan “Nak habiskan patient secepat mungkin sebab ramai lagi kat luar”…

Alangkah tak bestnya, merasai perasaan itu…

Alangkah bersalahnya, merasai perasaan itu…

Alangkah kejamnya, menyusuli perasaan itu dgn tindakan pula…

Alangkah berdosanya, menafikan hak mereka…

Alangkah sedihnya, memandang wajah mereka…

Yang hadir dengan segunung harapan, namun keluar dari bilik Dr dengan segunung kekecewaan…

Yang hadir dengan mengharap sebuah kesembuhan, namun keluar setelah berjumpa Dr dengan kesakitan yg berganda…

Itulah jua, yang berlaku pada pck tadi barangkali… Dr yg mungkin tidak sempat menerangkan secara detail tentang cara pengambilan ubat-ubat Pck tadi… atau Dr menerangkan, namun tak sempat memastikan pck tadi benar-benar memahaminya… sehingga mengakibatkan pck tadi tak pandai makan ubat-ubatnya mengikut arahan yang sepatutnya.

Apakah kesuntukan masa dan kekurangan tenaga layak menjustifikasi hadirnya perasaan dan tindakan seperti ini? Apakah memang tiada pilihan lain?

Khidmat Masyarakat di Kg Sri Damai - Episod III








Aku menyambung lagi consultation untuk penduduk kampung yang lain. Tiba-tiba...

Sedang aku sibuk menasihatkan seorang makcik, kulihat di pintu bilik itu, satu kelibat yg kukenal.

Rupa-rupanya, Pck yang ku consult tadi telah pulang ke rumahnya, dan kembali semula untuk bertemuku. Di tangannya, ada sebuah plastic yang penuh berisi ubat-ubatannya, serta kad follow-up Dr yang dibawa untuk ditunjukkan kepadaku.

Ya Allah, perasaanku ketika itu hanya Allah saja yang tahu. Jantungku umpama berhenti seketika melihatnya. Perasaan kasihan memenuhi segenap ruang hatiku. Andai diikutkan perasaan, bisa saja aku menangis di situ juga. Namun kutahan dan sebolehnya menunjukkan riak wajah professional.


“Pck, duduk dulu sekejap ya?”

Pck tadi kembali kerana ingin penjelasan tentang apa ubat yang Dr bagi banyak-banyak ni, dan bagaimana cara pengambilannya.

“Cuba awak tunjukkan ke pck. Mana satu ubat darah tinggi yang pck kena makan?”

Ya Allah, pck ni tak tahu pun ubat-ubat yg dia harus makan. Aku membelek buku follow-up pck dan menyelak ke bahagian Medication.

“Ok, pck tengok ni, ada dua jenis ubat darah tinggi yg pck kena makan. Satu ni dua kali sehari, setiap kali setengah biji. Satu lagi ni, sekali sehari, sebiji setiap malam”

“Pck pinjam pen awak kejap”

Dengan bersungguh-sungguh, tangannya yg berkedut itu menggigil-gigil menulis “Darah tinggi” di plastic ubat Amlodipine dan Metoprolol. Dia tulis pula "½ biji" di bungkusan ubat Metoprolol. Padahal, sudah tertulis di situ ½ tablets, 2 times daily. Mungkin pck tak faham maksudnya, dan tiada pula org di rumah yg boleh explain padanya. Hatiku cukup tersentuh, aku melihat penuh simpati.

“Yang lagi satu ni ubat utk kurangkan lemak (Simvastatin). Yang ni kena makan sebiji sehari ya pck”

“Oh, pck ingat ubat yg ni kena makan bila sakit dada. Sebab pck kalau sakit dada, pck makan ubat ni, terus baik”

“Tak pck, yang ni kena makan setiap hari, bukan kalau sakit dada je ya. Yang sakit dada tu, pck kena makan ubat bawah lidah yg Dr bagi, ada kan pck bagitau saya tadi?”

“Ha, yang tu. Ada, ada.”

“Yang ni ubat cair darah, pck makan setiap pagi setengah biji kan?”

“Ha’ah, yang ni pck tau”

Aku akhiri sesi consultation itu dgn perasaan empati yang masih berbekas di hati. Membayangkan kalaulah pck ini ayahku sendiri, ah.. tak sanggup rasanya… Pakcik…


To be continued…

Tuesday, April 13, 2010

Khidmat Masyarakat di Kg Sri Damai - Episod II

Sebelum aku menceritakan perasaan yang kualami… izinkan aku berkongsi… sebuah kisah yang berlaku ketika aku menconsult seorang pakcik di Intervention day kami tempoh hari… Kisah benar yg andai dihayati, bisa mengundang mutiara-mutiara jernih dari mata ini…

Kerut dahi di wajah pakcik yang berusia 70-an itu jelas menunjukkan tanda-tanda penuaan. Dia datang kepadaku dengan senyuman yang terukir di bibir. Aku lantas melihat questionnaire yang ada di tangan. Eh, BP high ni! Seingat aku systolic BP 170. Diastolic kalau tak silap 100 atau lebih. Lalu aku teruskan sesi consultation itu.

“Pck mmg ada darah tinggi ya. Hari tu cek tekanan darah, tinggi ni pck. Pck ada makan ubat yg Dr bagi tak?”

“Pck makan kadang-kadang la. Pck sihat, hari-hari pegi berkebun, buat kerja. Takde rasa apa, pck kuat lagi”, ujar pck, sambil tersenyum.

“Ya pck, org yg ada darah tinggi ni kebanyakannya mmg tak rasa apa-apa. Meh nak cerita kat Pck. Hari tu, saya pegi rumah sorang pck ni. Pck ni memang ada darah tinggi, macam pck lah jugak. Dia pun mcm pck, tak rasa apa-apa, takde sakit kepala, takde sakit perut, takde rasa loya, takda rasa nak muntah. Semua takda. Jadi dia tak makan ubat, sebab dia rasa sihat. Tapi satu hari, dia tumbang Pck, kena stroke. Tiba-tiba je dia tumbang kat rumah, padahal sebelum tu dia sihat je. Sekarang dia terbaring je atas katil. Saya tengok sendiri kat rumah dia pck. Baru lagi dia kena stroke, akhir tahun lepas. Sekarang dia lumpuh separuh badan, tak boleh jalan, tak boleh duduk pun. Kena pakai pampers, isteri kena tukarkan pampers, kena mandikan dia. Saya takut kalau pck tak makan ubat, pck jadi mcm tu. Saya taknak pck jadi mcm tu”

Senyuman yg terlukis di wajah pck tiba-tiba kulihat semakin hambar. Seakan ada raut kebimbangan.

“Pck tak taulah, pck ada byk ubat, tapi pck tak retilah nak makanlah ubat tu”

“Pck, siapa jaga pck kat rumah?”

Pck diam. “Pck takda org jaga, pck jaga diri sendirilah”

Tiba-tiba kedengaran suara seorang sahabatku, “Limitkan seorang respondent 5 minit je ye consultation! Orang ramai ni!”

Alamak. Dan bermula detik itulah perasaan itu datang bertandang tanpa diundang.

“Ok pck, yang penting pck kena makan ubat yang Dr bagi. Tak susah pck, kejap je makan, tak sampai satu minit pun. Pck letak kat sebelah katil, tiap hari sebelum tidur pck makan ubat dulu ya”

“Ha yelah, terima kasih ya”

Berakhirlah sesi konsultasi yang terpaksa disingkatkan itu.

To be continued…

Khidmat Masyarakat di Kg Sri Damai - Episod I

Pagi yg cerah itu… Mentari bersinar cemerlang sekali, aktif mengconvert 7-dehydrocholesterol kepada Vitamin D3 di kulit-kulit kami semua. Unexpectedly penduduk kampung datang lebih awal dari yg dijadualkan. Walaupun pendaftaran sepatutnya bermula jam 8.30am, tapi mereka hadir seawal jam 7 lebih, ketika kami semua masih sibuk membanting tulang mengemas dan setting up tempat. Barangkali kerana ingin mengelak kesesakan yg biasa mereka hadapi di klinik-klinik kerajaan. Tapi kehadiran mereka kami entertain sebaik yg termampu. Jadi kami memulakan checkup, blood taking dan consultation lebih awal dari yg sepatutnya. Manusia merancang, namun kerdilnya perancangan kita dibanding dgn rencana Yang Maha Kuasa…

Di saat lidahku lancar berbicara menconsult penduduk kampung pagi itu, aku menjeling ke tepi, dan kulihat orang semakin ramai dari saat ke saat… Mereka menunggu sambil mengesat titik-titik keringat, yg membasahi wajah nan letih dan penat... Mereka menunggu penuh setia di balairaya kecil itu, tempat yg bagiku layak dijadikan stor, namun itulah tempat kami consult mereka. Sehingga suatu tahap, kerusi untuk menunggu tidak mencukupi, hingga ada yg terpaksa berdiri. Berdiri di kawasan sempit yg panas, dalam keadaan masih berpuasa (untuk mengambil fasting blood sugar) dari jam 12tgh malam hari sebelumnya!

Bagaimana mungkin aku sampai hati membiarkan mereka menunggu seperti itu?

Maka ketika itulah, aku merasakan sesuatu… Suatu perasaan yg selama ini cukup kubenci dan kutentang sepenuh hati. Bahkan jika ada Dr yg berfikiran begini, aku mmg tidak pernah menyetujui. Namun tidak pernah aku bermimpi, aku akan turut merasainya, dan ia berlaku pertama kali di sini, di Intervention Day bersama penduduk Kg. Sri Damai. Apakah perasaan itu???

To be continued…