Saturday, October 2, 2010

Makcik itu...

Suatu pagi Ramadhan yang lalu, di klinik MOPD (Medical Outpatient Department)...


Sedang aku dan sahabatku tercegat di bilik Dr A menunggu patient seterusnya, seorang makcik diusung dengan wheelchair masuk ke bilik Dr.

“Oh, seorang lagi patient Rheumato,” detik hatiku.

Makcik ini selain ada Rheumatoid Arthritis, dia juga ada hypertension and tengah makan ubat untuk kedua penyakitnya. Lepas cek tekanan darah makcik, Dr pun tanya,

”Makcik ada makan tak ubat darah tinggi? Tinggi tekanan darah makcik ni,”

“Ada, kali terakhir makcik makan pukul 3 pagi tadi. Lepas tu dah puasa.”

“Awal makcik bangun sahur?”

“Hmm, makcik qiyamullail dulu”

Aku seakan tersentak dari lamunan.
Mataku terus melulu pada lutut makcik ini yang kian bengkok, sehingga menyebabkan dia kini tidak lagi bisa berjalan tanpa sokongan.
Aku lihat pula jari jemarinya yang bengkak, sehingga tidak memungkinkan cincin dan barang kemas menghiasi sewenangnya di tangan.
Hendak memakai baju sendiri pun, dia punya kesulitan.



Makcik ini mempunyai penyakit yang sudah mulai menyebabkan kecacatan, namun dia masih kerap mengikuti kegiatan amal anjuran masjid, dan masih istiqamah bangun Qiyamullail di sepertiga malam terakhir!

Teringatku pada kisah Amru bin Jamuh sahabat Nabi SAW yang tempang dan mendapat cahaya Islam ketika dirinya sudah tua renta.
Bila panggilan jihad ke medan Uhud bergema, dia tak ingin ketinggalan walau sedepa.
Namun anaknya melarang...
Kerana si bapa sudah tua dan tempang!
Bukankah ayah punya rukhsah untuk tidak pergi berperang?

Namun apakah jawapan seorang Amru bin Jamuh?

"Dengan cacat tempangku ini aku bertekad merebut SYURGA!"

Bagaimana kita yang sihat walafiat ini??? Yang lutut masih mampu berdiri gah, kaki masih bisa melangkah, tangan dan sendi masih kuat dan gagah?


“Malulah wahai Hana!” Berkali-kali aku mengingatkan diriku sendiri.

No comments:

Post a Comment