Monday, November 17, 2014

MITOS BREASTFEEDING III



BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #5: Bayi yang fully breastfeeding akan mendapat masalah sembelit


Ramai orang consult saya (offline dan online) kerana bayi tak berak 4-5 hari. Saya juga kerap dapat referal sebab ada bayi yang fully breastfed tak berak seminggu.

Saya selalu nasihatkan para ibu yang menyusu badan penuh, jika bayi anda berak 10x sehari pun ia normal, jika dia berak 10hari sekali pun boleh jadi normal. Jika bayi anda fully breastfeeding, jangan risau. Asalkan bayi anda masih aktif, kentut kerap, tidak meragam, perutnya lembut dan tidak mengeras/kembung yang pelik dari biasa, insyaAllah your baby should be fine.

Jika dia tak meragam, tak perlu bagi air gula, tak perlu bagi jus/puri buah untuk "paksa" dia berak bagi bayi yang kurang daripada 6 bulan ya smile emoticon



Tahukah anda, susu ibu lebih mudah diserap oleh badan berbanding susu formula. Sebab itu kadangkala ada masa bayi anda kurang berak, kerana kebanyakan nutrien dan khasiat susu badan diserap menjadi "darah daging" bayi. Ini yang saya pelajari daripada para lactation consultants. Tidak seperti susu formula yang nutriennya kurang efisyen diserap oleh usus bayi lalu hanya keluar sebagai najis..

Jadi jangan terlalu suka bila anak anda berak elok dengan susu formula, ia tetap tidak setanding susu badan.. dan bagi ibu-ibu yang memberikan susu badan sepenuhnya, jangan terlalu risau insyaAllah anak anda bukan sembelit, dia hanya sedang memproses susu badan anda menjadi darah dagingnya smile emoticon

Bila anda patut risau?

Jika anak anda tak berak lama, dan anda lihat abdomennya kembung dan mengeras, dia tidak kentut dan sentiasa muntahkan kembali susu yg anda berikan, dia meragam dan menangis sentiasa (incosolable crying) atau jadi kurang aktif/lembik daripada biasa, maka bawalah anak anda ke klinik untuk pemeriksaan Dr.



Jadi macamana nak bagi baby berak?

Jika bayi anda tak meragam - tak perlu buat apa-apa 
smile emoticon

Jika dia mula meragam dan anda pasti ia bukan disebabkan perkara lain, antara tips yang saya selalu buat;
1. Demah perutnya
2. Sapu dan urut perlahan abdomennya dengan minyak bayi seperti yuyi/telon
3. Perah susu badan mengikut sukatan keperluannya, eg 3oz dan berikan sekaligus pada satu sesi penyusuan (instead of giving direct breastfeeding). Pastikan guna teat/puting yang bersesuaian dengan umurnya untuk mengelakkan/meminimumkan nipple confusion. Bila bayi hisap melalui puting botol, biasanya flow lebih laju dan ini boleh induce peristalsis (pergerakan usus) yang lebih aktif sehingga boleh stimulate bowel opening.

Jika semua tak berjaya juga dan anda lihat dia meragam dan tidak selesa, barulah berikan air gula/syrup lactulose.

Saturday, November 15, 2014

MITOS BREASTFEEDING II


BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #4: Anak saya selalu lapar sebab bila saya suakan breast dia mesti sentiasa tercari-cari


Selalu tak orang kata bayi anda lapar lagi/tak puas menyusu? Buktinya, bila suakan breasts atau test pakai tangan pun mesti dia tercari-cari lagi. Ada seorang staff di klinik saya, ibunya sampai berikan anaknya nestum sedangkan anaknya baru berusia 1 bulan!!! Kata ibunya anak hang lapaq pulak, bagi susu tak puas.

Tahukah anda, semua bayi mempunyai beberapa reflex yang Allah ilhamkan. Salah satunya adalah "rooting reflex" atau refleks mencari. Ini adalah satu fenomena di mana ketika pipi bayi diusap atau disentuh di bahagian pinggir mulutnya. Sebagai respons, bayi akan automatic memalingkan kepalanya ke arah benda yang menyentuhnya, dalam usaha menemukan sesuatu yang dapat dihisap.

Rooting reflex akan diikuti dengan sucking reflex (refleks menghisap) jika disuapkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini adalah refleks fisiologi normal bagi bayi dan tidak semestinya bermakna dia kelaparan. Dan refleks ini akan hilang perlahan-lahan bila bayi anda berusia 4-6bulan.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu dia masih menangis dan tak mahu hisap sgt pun. Kalau anda rasa anda dah berikan secukupnya, cuba burpkan dia.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu tak sampai seminit dia dah terlena. Bermakna dia sebenarnya menangis sebab mengantuk.


Cuba test pada bayi anda. Walaupun dia sedang seronok bermain atau bersembang sekalipun, bila anda test rooting refleks biasanya memang akan berlaku. Jadi ingat, rooting refleks tak semestinya bermakna bayi anda lapar lagi!  :) 

Friday, November 14, 2014

MITOS BREASTFEEDING I




BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #1: Susu belah kanan adalah nasi, susu belah kiri adalah air

Biasa dengar kan? smile emoticon
Subhanallah, Allah ciptakan breastmilk di kedua-dua belah breast diawali dengan foremilk (susu yg lebih cair ibarat air untuk bayi untuk menghilangkan dahaga bayi di awal penyusuan) dan later akan terhasil pula hindmilk (susu yg lebih pekat ibarat makanan kpd bayi untuk mengenyangkan bayi di akhir penyusuan). 
Tiada beza komposisi susu antara kedua belah breasts, dua-dua mempunyai "air" dan "nasi"  :)

MITOS #2: Susu belah kanan lebih sedap berbanding susu belah kiri

Seperti point #1, tiada bukti menunjukkan susu dari breast sebelah kanan lebih sedap, cuba anda perah susu dari sebelah kiri dan berikan pada bayi, pasti dia minum sepertimana dia minum perahan breastmilk drpd sebelah kanan kan?
Jika kebetulan anak anda kurang gemar hisap dari sebelah kiri, ada kemungkinan ia disebabkan pori yang lebih kecil & flow yg lebih perlahan berbanding flow breast di sebelah kanan :)


MITOS #3: Bagi bayi hisap kedua-dua belah breasts setiap kali menyusu, jika tidak breast akan besar sebelah!

Apabila anda menyusukan bayi daripada sebelah breast, automatic breast yg sebelah lagi akan turut mengalirkan susu. Ini disebabkan hormon oxytocin yang terhasil daripada rangsangan sucking baby. Hormon ini akan menghantar signal kepada kedua-dua belah breasts untuk merembeskan susu.
Saya lihat segelintir ibu ketika menyusukan bayi daripada sebelah breast,contohnya dari sebelah kanan, apabila susu mula menitik dari breast kiri, mereka cepat-cepat bertukar ke breast yg satu lagi sedangkan bayi baru mula hisap yg sebelah kanan dan masih belum puas.

INI ADALAH CARA YANG SALAH!

Dengan berbuat demikian, bayi anda hanya akan dapat foremilk sahaja daripada kedua-dua belah breasts - ini ibarat dia hanya minum air sahaja, jadi baby kembung dengan air dan akan cepat lapar semula.
Cara yang lebih tepat adalah bagi sebelah breast sampai terasa kosong dan lembut. Dengan cara ini barulah bayi akan mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk yang ia perlukan pada setiap sesi penyusuan (air + "makanan"). Jika bayi anda masih belum puas barulah berikan yang sebelah lagi.
Bila anak menyusu dari sebelah breast, saya sarankan anda buat tandem pumping - pamkan susu serentak dari yang sebelah lagi kerana waktu inilah flow susu sangat laju (kerana rangsangan oxytocin dari sucking bayi). Jadi, tidaklah bengkak/besar sebelah! smile emoticon Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau bayi anda selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, berikan sahaja kedua-dua belah.



mile emoticon


Wednesday, November 12, 2014

TIPS LEGAKAN BENGKAK SUSU!



BENGKAK SUSU, SAKITNYA!!!
Hari ini ada seorang ibu yang sedang menyusu jumpa saya complain breastnya sangat sakit tp tidak bengkak susu pun. Anaknya sudah 6 bulan dan masih minum susu badan, alhamdulillah.
Tapi dia pelik sebab sakitnya sama seperti bengkak susu, tp bila diperiksa breastnya tidak bengkak pun. Pernahkah anda mengalami perkara yg sama?

Tahukah anda, sekiranya nipple anda tercedera atau ada luka (biasanya disebabkan trauma ketika baby sucking), bila luka tersebut menjadi parut, liang pori susu anda boleh tersumbat. Tapi ia hanya melibatkan 1-2 liang pori yg tersumbat manakala liang lainnya masih boleh mengalirkan susu seperti biasa.


Liang pori yang tersumbat disebabkan parut itu akan menyebabkan susu tak boleh mengalir keluar, manakala liang2 lain yg tidak tersumbat mengalirkan susu seperti biasa... jadi breast anda tidak bengkak sepenuhnya sebagaimana lazimnya bengkak susu biasa, tapi ada individual breast lobules yg bengkak di dalam...Kadang-kadang sampai berhari-hari kerana jika anda pam pun, susu susah nak keluar drpd liang yg berkenaan sebab porinya dah tersumbat! Anda bagi baby hisap? Lagi sakit!

Syukur Allah pernah datangkan masalah yg sama kpd saya, jadi lebih mudah bila nak advice patient. Bagaimana cara nak atasinya?

1) The painful way - urut dengan kuat di tempat yg sakit dengan direction ke arah nipple sehingga liang pori berparut itu terbuka & susu memancut keluar darinya

2) The less painful way - cuba ikhtiar dengan lecithin. 
Kata Dr Jack Newman (a Canadian physician & lactation consultant), "It (lecithin) may do this by decreasing the viscosity of milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk"
Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu agar lebih mudah untuk dikeluarkan daripada liang yg tersumbat itu. Dos yg dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari ketika bengkak susu.
Boleh juga sapu herbal blend cream pada bahagian nipple crack, insyaAllah akan lega.





Monday, November 10, 2014

Tak cukup susu?

Jika anak anda masih lagi menangis selepas anda baru sahaja memberinya susu yang mencukupi, jangan terlalu cepat untuk terus memberikan susu lagi dan lagi. Ceklah dulu, mungkin dia berasa kembung atau ingin "burp". Mungkin dia tak selesa kerana lampinnya basah. Mungkin dia ngantuk dan ingin tidur. Mungkin dia tak selesa kerana terlalu sejuk atau terlalu panas. Dan banyak lagi kemungkinan lain. 

Jika anda terus memberikan susu berlebihan kepada bayi anda, dia mungkin berisiko untuk mendapat child obesity nanti! 

Hari ini saya jumpa seorang bayi 3 bulan yang direfer kepada saya kerana head circumference (ukur lilit kepalanya) terlebih dari biasa. Dalam kepala saya mula membayangkan hydrocephalus. Bila bayi tu dibawa masuk ke bilik saya, rupa-rupanya bukan kepala je besar, tapi seluruh badannya besar. Bermakna head circumferencenya mmg proportionate dengan badannya. Baru 3 bulan tapi beratnya dah 8kg! Beberapa hari lepas ada juga seorang bayi 4 bulan yang beratnya hampir 10kg! Aduh, Malaysia sekarang dah jadi mcm developed country agaknya, insiden child obesity makin bertambah!
Terutama bagi yang berikan anak susu formula, hati-hati! Semua bayi di atas diberikan susu formula dan bukan susu badan tau!
Ya, jangan ingat orang dewasa saja berisiko untuk terlebih berat badan!
Berapa susu yang mencukupi untuk bayi anda? Ini saya buatkan kiraan sebagai rough guideline.