Saturday, November 15, 2014

MITOS BREASTFEEDING II


BREASTFEEDING: ANTARA MITOS & FAKTA


MITOS #4: Anak saya selalu lapar sebab bila saya suakan breast dia mesti sentiasa tercari-cari


Selalu tak orang kata bayi anda lapar lagi/tak puas menyusu? Buktinya, bila suakan breasts atau test pakai tangan pun mesti dia tercari-cari lagi. Ada seorang staff di klinik saya, ibunya sampai berikan anaknya nestum sedangkan anaknya baru berusia 1 bulan!!! Kata ibunya anak hang lapaq pulak, bagi susu tak puas.

Tahukah anda, semua bayi mempunyai beberapa reflex yang Allah ilhamkan. Salah satunya adalah "rooting reflex" atau refleks mencari. Ini adalah satu fenomena di mana ketika pipi bayi diusap atau disentuh di bahagian pinggir mulutnya. Sebagai respons, bayi akan automatic memalingkan kepalanya ke arah benda yang menyentuhnya, dalam usaha menemukan sesuatu yang dapat dihisap.

Rooting reflex akan diikuti dengan sucking reflex (refleks menghisap) jika disuapkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini adalah refleks fisiologi normal bagi bayi dan tidak semestinya bermakna dia kelaparan. Dan refleks ini akan hilang perlahan-lahan bila bayi anda berusia 4-6bulan.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu dia masih menangis dan tak mahu hisap sgt pun. Kalau anda rasa anda dah berikan secukupnya, cuba burpkan dia.

Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu tak sampai seminit dia dah terlena. Bermakna dia sebenarnya menangis sebab mengantuk.


Cuba test pada bayi anda. Walaupun dia sedang seronok bermain atau bersembang sekalipun, bila anda test rooting refleks biasanya memang akan berlaku. Jadi ingat, rooting refleks tak semestinya bermakna bayi anda lapar lagi!  :) 

No comments:

Post a Comment