Wednesday, January 6, 2010
Kisah Mama dan Umar
“Mama, kenapa Mama solat nampak leher?”
“Eh Umar ni, kan Mama pakai telekong ni!”
“Tapi Umar boleh nampak leher Mama. Ustaz kata kalau nampak aurat tak sah solat Mama”
“Sayang, kan Mama pakai telekong ni”
“Umar tau, tapi telekong Mama jarang, kira mcm tak tutup aurat juga Ma. Sebab syarat untuk tutup aurat, tak boleh ketat, tak boleh jarang juga. Solat tak tutup aurat, tak boleh kan Mama?”
“Pandailah kamu ni Umar. Mana kamu dapat semua ni? Tak boleh jarang semua ni”
“Ustaz ajar kat sekolah”
“Siapa ustaz tu? Ada tauliah ke?”
“Hmm, Umar tak tahulah apa maksud tauliah di mata manusia Ma. Tapi Umar yakin, sbb Ustaz tu ckp dgn sokongan ayat Quran & hadith. Nama dia Ustaz Amar bin Maaruf”
Mama terdiam seketika. Entah bagaimana, egonya luntur seketika.
“Hmm, jarang ke telekong Mama ni?”
“Mama, kan Mama juga yang ajar Umar dari kecil, menipu tu dosa. Umar tak tipu Ma”
Tiba-tiba Mama jadi emosional. “Tapi Umar… Selama Mama baligh sampailah sekarang, mmg Mama solat guna telekong ni Umar… Ni telekong hadiah dari arwah nenek Umar tau…”
Bergenang air mata Mama.
“Mama, Ustaz Amar cakap, kalau kita buat suatu kesalahan atau dosa sebab jahil, Allah itu Maha Pengampun Ma”
Mama terdiam lagi.
“Mama, cuba Mama fikirkan mcm ni. Katakan Mama simpan duit dalam bank setiap bulan. Lagi 10 tahun, Mama nak keluarkan duit tu untuk belanja Umar sambung belajar. Tapi lepas 10 tahun, Mama tengok akaun Mama kosong! Apa perasaan Mama?”
“Eh, kenapa boleh jadi mcm tu. Mama akan siasat, report polis, saman syarikat bank tu”
“Tapi, mcmana kalau Mama sendiri yang tersilap no. akaun? Jadi setiap bulan selama 10 tahun, duit yang Mama simpan tu tak masuk akaun bank Mama. Mcmana Mama rasa?”
Mama terkedu seketika. Kemudian menjawab, “Hm, takkanlah, mana pernah jadi macam tu”
Umar cuba beranologi lagi, “Mcm tu juga Ma, kalau kita dah beribadah setiap hari pada Allah, solat 5 waktu sehari selama berpuluh tahun kita hidup, tp bila tiba hari perhitungan, tengok-tengok ‘akaun’ solat kita kosong. Rupanya solat kita langsung tak diterima sebab tak sah! Mungkin sebab wudhu’ kita tak sempurna ke, sebab aurat kita tak tutup dgn sempurna ke, dan lain-lain sebab lagi.. Bayangkan, masa tu, takde siapa dpt tolong kita Ma.. Kita nak kembali ke dunia pun dah tak boleh…
Mama, kita nak buat apa-apa ibadah kpd Tuhan yang telah menciptakan kita, yang memberikan rezeki dan macam-macam nikmat pada kita, yang menjaga kita setiap masa… Pasti kita nak buat yang terbaik, kan Ma? Kita akan usaha sungguh-sungguh supaya ibadah kita Allah terima.
Macam tu juga dgn solat Mama. Kalau kita hanya solat ala kadar, asal buat je, laju pula, takda tama’ninah, tak perhatikan syarat sahnya, tak usaha utk khusyu’ di dalamnya, Mama rasa mcmana? Rugi kan Ma, kalau kita solat 5 kali sehari, tapi akhirnya tak dapat apa-apa melainkan ‘exercise’ semata-mata (silap-silap sampai 'peluh nece' sbb solat laju sgt, mmg exercise sungguh!). Di hari pembalasan nanti, tengok-tengok solat kita tak diterima rupanya, Na’uzhubillah… Jadi alang-alang kita buat, biar buat yang terbaik, dgn ihsan, agar Allah sudi menerima solat kita, insyaAllah…”
Umar menyambung lagi, “Tak susah kan Mama, Umar tengok cara solat Mama insyaAllah dah ok, rukun-rukun lain dan sempurna, cuma tinggal nak usaha utk khusyu’, dan lengkapkan dgn pakaian yang menutup aurat dengan sempurna… Mama pakailah tudung ke dalam telekung tu, baju lengan panjang supaya tak nampak tangan… Atau Mama jahit je 2 lapis kain semayang tu, Mama kan pandai jahit”
“Ok insyaAllah, tapi kamu cakap senanglah Umar. Kamu tu lelaki, bukan kena pakai telekung mcm Mama ni”
Umar telan air liur. Kali ni apa nak jawab ya. Fikir Umar, fikir…
“Mama, tak semestinya kena pakai telekung untuk solat Ma. Kadang-kadang, kalau pakai tudung biasa yang tak jarang pun lebih sempurna berbanding telekung yang jarang, betul tak Ma?
Umar pernah baca satu hadith: إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
"Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (HR Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Hadith ini Nabi pernah sebut kat Aisyah pasal umrah yang Aisyah buat: إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
"Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi ulas, zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan…
Jadi, memanglah Ma, Umar boleh solat pakai kain pelekat je. Tak pakai baju pun takpa. Tapi, Mama lagi untung tau. Kesusahan Mama nak pakai telekong, nak kena tutup semua, kalau bukan kat rumah, Mama nak ambil wudhu’ pun kena bukak tudung, pastu basah-basah kena pakai tudung pulak, etc… Kalau Mama ikhlas, pahala Mama lebih besar tau, lagi best! Betul tak Mama?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment