Monday, December 15, 2014

ANAK SAYA KUNING! APA ITU BREASTMILK JAUNDICE?

#6 BREASTMILK JAUNDICE

Dalam perubatan ada satu kondisi yang dinamakan breastmilk jaundice atau jaundis susu ibu, di mana kuning bayi berterusan walaupun physiological jaundice sepatutnya sudah beransur lega. Ia adalah salah satu sebab prolonged jaundice atau kuning berpanjangan (memang ada sesetengah bayi yang kuningnya berlarutan disebabkan susu badan). Ini perlu dibezakan dengan breastfeeding jaundice, iaitu kuning disebabkan bayi tidak cukup menyusu badan.

Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?

Banyak research dijalankan untuk mengkaji mengapa ianya berlaku. Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda harus berhenti menyusukan bayi anda, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. 

Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi anda lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan?

1. Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
2. Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
3. Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
4. Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL

JANGAN:

1. JANGAN berhenti menyusukan bayi anda sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi anda
2. JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
3. JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”

Wednesday, December 10, 2014

ANAK SAYA KUNING! ADAKAH DARAH ANDA JENIS 'O'?


#5 BAYI KUNING DAN MAK DARAH 'O'


Bagi ibu-ibu yang berdarah 'O', pernah tak anda dan bayi ditahan di hospital sehingga 24jam selepas bersalin sedangkan ibu-ibu lain di sebelah katil anda yang bersalin lebih lewat sudahpun dibenarkan discaj bersama bayi mereka kerana darah mereka bukan 'O'?

Mengikut procedure di kebanyakan hospital kerajaan, bayi yang ibunya mempunyai kumpulan darah 'O' perlu di'observe' selama 24jam selepas kelahiran untuk memastikan mereka tidak mendapat jaundice akibat ABO incompatibility yang boleh terjadi seawal 24jam pertama baby.

Apa itu ABO incompatibility?

Ia adalah fenomena yg berlaku apabila ada 2 kumpulan darah yang tak 'compatible' bercampur.
Ok senang cerita macam ni;
Jika anda darah A, anda akan 'anti' kepada B. Jadi, jika anda menerima darah jenis B, sistem imun dalam badan anda akan membentuk antibodi yang menyerang sel darah jenis B menyebabkan sel darah B pecah. Bila sel darah merah pecah terhasillah bilirubin yang menyebabkan kuning/jaundice.
Jika anda darah B pula, anda akan 'anti' kepada A.
Jika anda darah AB, anda tidak 'anti' sesiapa.
Jika anda darah O, anda 'anti' kepada kedua-dua A dan B.

Jadi ABO incompatibility ini berisiko untuk berlaku apabila mak mempunyai darah O sedangkan baby mempunyai darah selain O (samada A atau B). Dalam rahim, darah O ibu dan darah A/B baby biasanya tidak bercampur dan dipisahkan oleh selaput uri (placental membrane). Tapi dalam situasi tertentu seperti keguguran, atau proses kelahiran, darah ibu dan baby boleh bercampur menyebabkan antibodi terhasil...sebahagian antibodi dari darah ibu tadi boleh melepasi placenta, pergi kepada baby dan bercampur dengan darah A/B baby. (Ingat lagi tak, darah jenis O ni memang 'anti' kpd A & B). So antibodi dari darah ibu tadi akan menyerang sel darah baby (jenis A/B) menyebabkan sel darah baby pecah dan bilirubin terhasil secara berlebihan.

Sebab itulah orang kata bila mak darah O baby berisiko lebih tinggi untuk kuning...


Rawatannya sama iaitu phototherapy, dan Dr akan ambil beberapa ujian darah utk pemeriksaan. Jika paras bilirubin terlampau tinggi sehingga mencapai paras merbahaya, bayi anda mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah atau 'exchange transfusion'.

Friday, December 5, 2014

ANAK SAYA KUNING! TIPS MENGURANGKAN KUNING BAYI


#3 APA PERLU SAYA BUAT?


1) Berikan susu sekerap mungkin, jika boleh sejam sekali atau lebih kerap. 

-Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk minum - bila bayi cukup minum, ini akan mengelakkan dehidrasi. Hydration yang cukup sangat penting untuk bantu menyingkirkan bilirubin berlebihan.
-Bila baby minum secukupnya, dia akan buang air besar dan kecil dengan kerap dan ini juga membantu menyiingkirkan bilirubin berlebihan dalam badan. Pastikan juga teknik penyusuan yang betul, termasuk posisi, teknik lekapan dan sebagainya.

2) Dapatkan rawatan 

- Jika paras bilirubin terlalu tinggi sehingga mencapai paras tertentu, doktor mungkin akan memberikan rawatan lampu (phototherapy). Lampu khas ini akan menukarkan bilirubin kepada bentuk yang lebih larut supaya lebih mudah disingkarkan melalui kencing & pundi hempedu.

#4 BAHAYA TIDAK MENERIMA RAWATAN




Jika bayi yang paras bilirubinnya mencapai tahap bahaya tidak diberikan rawatan secepat mungkin, bilirubin berlebihan ini boleh larut ke dalam selaput dan tisu otak menyebabkan kernicterus. Bayi yang mendapat kernicterus berisiko mendapat kecacatan kekal seperti cerebral palsy, kurang pendengaran dan lebih teruk ia boleh membawa maut.

Wednesday, December 3, 2014

ANAK SAYA KUNING! APA ITU JAUNDICE & JENIS-JENISNYA


#1 APA ITU KUNING? 


Dalam istilah perubatan, kuning disebut sebagai jaundice. Ia terjadi apabila bilirubin dalam darah melebihi paras tertentu, sehingga kornea dan kulit kelihatan kuning. Untuk bayi yang baru lahir, kita sebut sebagai neonatal jaundice.

Tahukah anda, darah kita terdiri dari sel darah merah/hemoglobin (red blood cells, RBC), sel darah putih (white blood cells, WBC), dan sel darah kuning (platelet). Setiap sel-sel darah ini mempunyai jangka hayat tertentu. Apabila jangka hayat sel darah merah telah tamat, ia akan diproses oleh limpa & hati menjadi pecahan-pecahan substance yang lebih kecil untuk memudahkan penyingkirannya dari badan. Proses pemecahan sel darah merah inilah yang akan menghasilkan bilirubin dan beberapa substance lain.

Proses normal ini sememangnya berlaku dalam bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Akan tetapi bayi yang baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah/hemoglobin yang lebih tinggi. Apabila hemoglobin yang tinggi dalam bayi ini diproses utk penyingkiran dari badan, maka terhasillah jumlah bilirubin yang banyak menyebabkan kuning (neonatal jaundice).



#2 MENGAPA TERJADINYA KUNING?

Semua bayi berisiko mendapat kuning. Kajian menunjukkan 60% bayi yang cukup bulan dan 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan mengalami kuning dalam minggu pertama selepas kelahiran.

Ada 2 jenis jaundice untuk bayi yang baru lahir;


1) Physiological jaundice: 

Kuning disebabkan proses fisiologi normal (akibat pemecahan hemoglobin) seperti yang telah disebutkan. Ada kalanya ia mencecah paras tinggi sehingga perlukan rawatan lampu (phototherapy), dan biasanya kuning jenis ini akan beransur pulih selepas 7-14 hari untuk bayi yang cukup bulan, dan boleh berlarutan sehingga 21 hari untuk bayi yang tidak cukup bulan.


2) Pathological jaundice: 

Kuning yang disebabkan oleh penyakit/masalah lain seperti:
-ABO incompatibility (terjadi apabila ibu darah 'O', dah bayi darah selain 'O')
-hypothyroidism (kurang thyroid hormon dalam badan)
-G6PD deficiency
-masalah hati spt hepatitis/masalah pundi hempedu spt biliary atresia
-sepsis (jangkitan kuman dalam darah)
-polycythaemia (kepekatan darah yang tinggi - boleh terjadi apabila tali pusat lambat dipotong spt dalam kes bersalin sebelum sempat sampai ke hospital)