#1 APA ITU KUNING?
Dalam istilah perubatan, kuning disebut sebagai jaundice. Ia terjadi apabila bilirubin dalam darah melebihi paras tertentu, sehingga kornea dan kulit kelihatan kuning. Untuk bayi yang baru lahir, kita sebut sebagai neonatal jaundice.
Tahukah anda, darah kita terdiri dari sel darah merah/hemoglobin (red blood cells, RBC), sel darah putih (white blood cells, WBC), dan sel darah kuning (platelet). Setiap sel-sel darah ini mempunyai jangka hayat tertentu. Apabila jangka hayat sel darah merah telah tamat, ia akan diproses oleh limpa & hati menjadi pecahan-pecahan substance yang lebih kecil untuk memudahkan penyingkirannya dari badan. Proses pemecahan sel darah merah inilah yang akan menghasilkan bilirubin dan beberapa substance lain.
Proses normal ini sememangnya berlaku dalam bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Akan tetapi bayi yang baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah/hemoglobin yang lebih tinggi. Apabila hemoglobin yang tinggi dalam bayi ini diproses utk penyingkiran dari badan, maka terhasillah jumlah bilirubin yang banyak menyebabkan kuning (neonatal jaundice).
#2 MENGAPA TERJADINYA KUNING?
Semua bayi berisiko mendapat kuning. Kajian menunjukkan 60% bayi yang cukup bulan dan 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan mengalami kuning dalam minggu pertama selepas kelahiran.
Ada 2 jenis jaundice untuk bayi yang baru lahir;
1) Physiological jaundice:
Kuning disebabkan proses fisiologi normal (akibat pemecahan hemoglobin) seperti yang telah disebutkan. Ada kalanya ia mencecah paras tinggi sehingga perlukan rawatan lampu (phototherapy), dan biasanya kuning jenis ini akan beransur pulih selepas 7-14 hari untuk bayi yang cukup bulan, dan boleh berlarutan sehingga 21 hari untuk bayi yang tidak cukup bulan.2) Pathological jaundice:
Kuning yang disebabkan oleh penyakit/masalah lain seperti:-ABO incompatibility (terjadi apabila ibu darah 'O', dah bayi darah selain 'O')
-hypothyroidism (kurang thyroid hormon dalam badan)
-G6PD deficiency
-masalah hati spt hepatitis/masalah pundi hempedu spt biliary atresia
-sepsis (jangkitan kuman dalam darah)
-polycythaemia (kepekatan darah yang tinggi - boleh terjadi apabila tali pusat lambat dipotong spt dalam kes bersalin sebelum sempat sampai ke hospital)
Info yang sgt baik dan mudah difahami...
ReplyDelete