#6 BREASTMILK JAUNDICE
Dalam perubatan ada satu kondisi yang dinamakan breastmilk jaundice atau jaundis susu ibu, di mana kuning bayi berterusan walaupun physiological jaundice sepatutnya sudah beransur lega. Ia adalah salah satu sebab prolonged jaundice atau kuning berpanjangan (memang ada sesetengah bayi yang kuningnya berlarutan disebabkan susu badan). Ini perlu dibezakan dengan breastfeeding jaundice, iaitu kuning disebabkan bayi tidak cukup menyusu badan.
Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Banyak research dijalankan untuk mengkaji mengapa ianya berlaku. Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda harus berhenti menyusukan bayi anda, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice.
Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi anda lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan?
1. Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
2. Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
3. Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
4. Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL
JANGAN:
1. JANGAN berhenti menyusukan bayi anda sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi anda
2. JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
3. JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)