Ah. Biar saya cerita.
Agar jelas pada sahabat semua.
Bagaimana rasa benci yang menyesakkan dada.
Akhirnya berubah menjadi cinta.
Orang kata benci berpada-pada.
Nanti jatuh sayang, buruk padahnya.
Kata-kata siapa agaknya ya.
Memang sangat ada benarnya.
Batang hidung sendiri sudah terkena.
Bila benci menjadi CINTA...
Seperti yang saya sebutkan di sini, saya mula ambil set menyusu Shaklee bajet ketika menyusukan Iffah, anak pertama.
Ketika itu saya amat stress kerana dah hampir masuk kerja sebagai HO atau houseman, a.k.a. doktor pelatih. Nak naik kerja sebagai HO, meninggalkan anak pertama, saya jadi sedih, gusar, stress, palpitation, tachypnoeic, tremor, semua ada.
Hingga tidur malam tak lena.
Makan pula tak menentu jadinya.
Saya beli set menyusu Shaklee sebab nak buat stok susu, 10 hari sebelum mula kerja.
Itu pun setelah disuggest oleh sahabat baik saya, Ili Raihana.
Sebelum tu tak pernah kenal dan tahu Shaklee ni ape ke benda.
Saya search kat internet offer yang paling murah, tapi malangnya ramai yang tak letak harga.
Yang tak letak harga dan suruh pm personal, saya kurang berkenan dan reject semua.
Jadi akhirnya saya beli dengan seorang kakak yang pamer harga, dan saya cakap saya nak segera.
Nampak sangat ketidaksabaran dan kekalutan saya di situ, lucu pulak bila fikir semula.
Saya mengharap bila saya consume ESP dan Alfalfa, susu akan terus dan-dan bertambah dua tiga kali ganda.
Saya anggap dan berharap Shaklee ni macam magic yang bila consume sekali, terus nampak kesannya.
Merepek kan saya?
Entah apa-apa!
Bila kalut dan stress menguasai diri, logik akal tercampak entah ke mana.
Jadi bila saya tak nampak kesan yang ketara, saya mula complain sini sana.
Lagilah bertambah stress jadinya.
Saya pula tidak konsisten jadual pamnya.
Sehari hanya pam sekali pada waktu pagi, itu pun tandem pumping sahaja. (masa cik b memang bengkak).
Iffah minum sebelah, saya pam lagi sebelahnya.
Adalah dapat dalam 5-8oz satu b. Kalau yang dipam sebelah kanan, biasa lebih banyak hasilnya.
Sedih mula terasa.
Rasa down membuak-buak di dada.
Cuba power pumping, tapi hasil terlalu sedikit kalau pam bila cik b tak bengkak, jadi saya terus putus asa.
Berbalik pada mengepam 1-2x sehari, jadi hanya stok up dalam 3-4 botol sehari sahaja.
Bulan puasa mula tiba.
Saya pun sudah mula kerja.
Hari-hari consume ESP dan Alfalfa.
Di hospital curi-curi masa pam, alhamdulillah rezeki Iffah tetap ada.
Sekali pam dalam 12-15oz, dan nampak hasilnya susu generally semakin pekat jadinya.
Tenaga ketika bekerja dan selepas mengepam susu pun luarbiasa.
Walaupun sedang berpuasa.
Namun panas tidak sampai ke petang, sungguh tidak kusangka.
Hujan di tengahari, tak pernah langsung kujemput hadirnya.
Bila berpuasa, makan minum makin sedikit. Kerja pula tak tentu masa.
Kadang-kadang pukul 10-12malam baru berbuka.
Bila operation terus-menerus sampai tak sempat berbuka puasa, boss cakap takpa.
Dapat pahala lebih katanya.
Ditambah pula stress kerja yang sangat meresahkan jiwa.
Bila kesibukan bertambah, nak mengepam di hospital pun tiada masa.
Balik ke rumah, hari pun sudah senja.
Susu yang terkumpul dibiar mengalir macam paip bocor sahaja.
Apa nak buat, nak pam memang tiada masa.
Curi masa pun cukup-cukup nak solat sahaja.
Akhirnya stok susu habis begitu sahaja, tak sempat nak top up jadi habislah semua.
Masa tu Iffah baru 4 bulan setengah sahaja.
Terpaksa campur susu formula dengan penyesalan yang penuh di dada.
Kalaulah buat stok susu lebih awal, tidaklah begini jadinya.
Hampir tidak dapat menerima hakikat anak sendiri kena campur susu formula.
Sebab dari zaman student lagi saya dah berazam nak breastfeed sepenuhnya.
Memang kita punya rancangan, tapi pastinya Allah lebih hebat rencanaNya.
Ya Allah pastinya rencanaMu yang terbaik, aku hanya seorang hamba.
Bila begini kesudahannya, mulalah mencari salah siapa.
Walau diri sendiri yang silap, menuding jari fitrah manusia.
Siapa yang menjadi mangsa?
Saya salahkan ESP dan Alfalfa!
Hahaha!
Saya cakap consume Shaklee tiada kesan kepada saya!
Shaklee semua tipu belaka!
Dan saya terus berhenti consume, merajuk kononnya.
Benci makin meluap di dada.
Padahal sebelum itu Shaklee pernah berjasa.
Saya tak kira, saya lupa semua.
Manusia memang begitu agaknya.
1000 kebaikan VS 1 kesalahan, yang mana dipandangnya?
Sudah tentu 1 kesalahan yang akan diungkit sampai bila-bila!
Eh.. tapi sekarang akal dah waras sikit, saya mula berfikir semula.
Apa salah Shaklee sebenarnya???
To be continued...
No comments:
Post a Comment