Sunday, October 19, 2014

Ada apa dengan ESP & Alfalfa

Pernah tak dengar kata-kata seperti di atas?

Saya nak kongsikan sedikit kenapa ESP & Alfalfa begitu penting untuk ibu yang menyusu.


  • Selain karbohidrat, susu badan kaya dengan protein dan kalsium. Bila susu tidak cukup kalsium, ia akan menarik kalsium dari badan ibu, kerana pembesaran tulang & otot bayi perlukan banyak protein & kalsium. Jika susu anda sudah sedia banyak, bermakna anda kehilangan lebih banyak kalsium dan protein. Maka anda lebih-lebih lagi perlukan kalsium & protein tambahan untuk mencukupkan keperluan anda dan bayi!

  • Benar, ada segelintir orang yang mengambil alfalfa dan ESP tidak mengalami perubahan ketara pada kuantiti susu, tetapi anda perlu ingat kualiti susu tetap bertambah berlipat ganda kerana susu anda akan kaya dengan kalsium dan protein selain mineral-mineral lain yang terdapat dalam ESP & Alfalfa!


  • Amat penting untuk ibu menyusu mencukupkan pengambilan protein dan kalsium supaya ketika memenuhi keperluan bayi melalui penyusuan eksklusif, pada masa yang sama si ibu tidak mengalami kekurangan zat & mineral. Ramai ibu yang tidak mengambil kalsium tambahan ketika menyusukan bayi tapi akhirnya mengalami gigi jarang/luruh, tulang yang rapuh lebih awal dan lain-lain.

Wahai insan bergelar wanita.
Tolonglah jaga kesihatan anda.
Andalah tulang belakang keluarga.
Permata hati ayah dan bonda.
Permaisuri kepada suami tercinta.
Srikandi pada anak-anak semua.
Di hati mereka, andalah segalanya.
Sekali lagi, saya meminta.
Tolonglah jaga kesihatan anda.
Kerana dirimu begitu berharga.

1 comment:

  1. Couldnt agree more. Dulu xtau baby akn tarik kalsium dan protein dr ibu. Sbb tu masa preggy ank ke3 gigi manjang je sakit.

    Kandungan ke4 topup diri dgn ilmu. Alhamdulillah kesihatan semasa mengandung improved 200%

    ReplyDelete