Friday, October 17, 2014

Dari benci kujatuh cinta - Episod II


Kisah penyusuan Irfan pula lain ceritanya.
Menyusu anak lelaki dengan anak perempuan memang berbeza.
Beza yang sangat ketara.
Suckingnya yang lebih kuat, menyebabkan nipple habis trauma.
Luka-luka melecet seawal hari kedua.
Dan anak lelaki saya hanya puas bila dah hisap kedua-dua cik b, dua kali ganda!
Menyusu sebelah cik b sampai kosong semuanya.
Masih tidak puas, bagi pula lagi sebelahnya.
Aduhai, anak teruna, anak teruna.

Jadi kali ini tandem pumping jarang-jarang sahaja.
Nak cari masa cik b bengkak, memang tidak pernah rasanya.
Apa tidaknya.
Belum sempat bengkak susu, Irfan dah nak menyusu semula. 
Memang struggle kali ini lebih mencabar dari sebelumnya.

Tapi ESP dan Alfalfa dulu masih berbaki, jadi saya mula ambil semula. 
Kalau tak habiskan, membazir pula rasa.
Alang-alang sedang menyusukan Irfan, ambil jelah kedua-duanya.
Tanpa disangka, effect dulu berulang semula. 
Demam bengkak susu, sebab production berlipat ganda. 
Susu berlebihan dipam, bagi pada Iffah kakaknya.
Aaaahhh, dalam pantang memanglah banyak susu, bukannya sebab ESP dan Alfalfa!
Saya seakan in denial, hati penuh sombong bongkaknya.
Rajuk dulu masih berbaki, benci masih pekat di dada. 
Bila sahabat offer Shaklee, saya reject penuh yakinnya. =p

Bila habis ESP dan Alfalfa, saya rasa lega.
Tak perlu fikir dah, makan benda-benda natural sahaja.
(padahal ESP Alfalfa tu pun natural juga)
Tapi bila berhenti consume, production susu tiba-tiba drop mendadak, sungguh saya kecewa!
Saya mencuba pelbagai cara.
Tips menyusu saya ikhtiarkan semua. <kecuali no.#6>
Masih tidak nampak kesan yang ketara.
Akhirnya saya mengalah jua. 
Meski marah saya pada Shaklee masih belum hilang sepenuhnya.
Saya tetap consume juga ESP Alfalfa, dengan ego yang masih membara. 

Dalam hati saya complain tak henti, kenapa perlu saya bergantung dengannya.
Kalau begini, terpaksalah saya consume Shaklee selagi masih menyusukan si anak teruna.
Ini yang saya ralat dan geram dengan produk supplemen semua.
Bila berhenti, terus effectnya hilang begitu sahaja.
Harus beli dan beli lagi, memang sengaja bebankan customer. 
Wah melampaunya, su'uzhon sungguh hati saya. 

Tapi kali ini, setelah hujan berhenti, pelangi pula muncul tanpa disangka.
Bila saya consume semula ESP dan Alfalfa, saya mula perasan lepas menyusu Irfan tidur lebih lama.
Mungkin dia kenyang agaknya.
Sebab susu pun bertambah pekat dari sebelumnya.
Bukan itu sahaja, banyak pula kesan sampingan lainnya.
Parut eczema di seluruh badan saya, mula pudar semua. 
(Dulu masa mengandungkan Irfan, saya alahan kulit yang amat dahsyat. Flare eczema satu badan, tak pernah terjadi sebelumnya, malu yang amat, sampai rasa nak homebirth di rumah sahaja)
Kini tiada lagi flare eczema, aduh bersyukurnya!
Hypergmentasi ketika mengandung, beransur hilang, sukanya saya!
Bila kerja saya tak penat dan jarang mengantuk seperti sebelumnya.
Berat badan makin turun, walau makan tak kira masa. 
Kulit perut yang dulu memboyot, sudah mula tegang semula.
(Walaupun saya tak pakai barut sebab saya ni pemalas orangnya)
Dulu orang tegur saya pucat, kini orang kata putih melepak pula.
Saya sendiri pun tak perasan sebenarnya.
Rasa macam biasa-biasa sahaja. 
Tapi staff yang puji bukan seorang dua.
Bukan ingin meninggi diri, jauh sekali riak di dada. 
Hanya ingin berkongsi effect yang saya sendiri rasa. 

Perlahan-lahan rasa benci mula bertukar menjadi cinta,
Kalau beginilah kesan sampingannya, saya rela consume sampai bila-bila. 
Apa sangatlah invest sedikit, untuk kesihatan yang tak ternilai harganya.

Memang sungguh saya terlupa.
Hati ini Allah pemiliknya.
Orang dah kata kalau benci berpada-pada.
Allah boleh ubah sekelip mata.
Beginilah kisah penyusuan saya.
Dari benci kepada Shaklee, saya akhirnya terjatuh CINTA.


1 comment: