Thursday, June 24, 2010

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Part II


Postnatal Ward
HTAA, Kuantan


Alia (bukan nama sebenar), a 21-year-old student was admitted for delivery with a title of UM. Seperti biasa, menggendong title UM, dia pasti akan dilayan sebagaimana patients UM yg lain.


Sehingga di post-natal, kisahnya terbongkar… (Ini adalah kisah benar, bukan niat untuk mengaibkan sesiapa namun untuk manfaat bersama, dikongsikan juga)


Rupanya, Alia telah diperkosa oleh jiran di sebelah rumahnya. Dia telah dipukau sehingga tidak sedar apa yang berlaku. Setelah selesai, jiran tersebut mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa. Namun akhirnya rahsianya terbongkar jua. Si ibu begitu kecewa. Pada awalnya sukar nak percaya. Tapi bila bukti terpampang di depan mata, ibunya redha dengann takdir yang melanda.


Selepas lahirnya anak Alia, anak itu diserahkan kepada jabatan kebajikan sosial. Keluarganya berkeras tidak membenarkan Alia untuk melihat apalagi menyentuh anak tersebut. Khuatir dia jatuh sayang dan ingin memelihara anak itu.


Kasihan Alia. Sudahlah menjadi mangsa rogol nafsu serakah insan tidak bertanggungjawab, kemudian dipandang serong pula oleh masyarakat sehingga dilayan penuh hina. Tanpa diberi peluang menjelaskan keadaan sebenar, dia umpama dihukum tanpa bicara.


Kesimpulannya…Treat others with love. Rasulullah pun, tak pernah memandang jelek biarpun seorang wanita datang mengakui dia telah berzina dan akibatnya sudah mengandung. Sekalipun seseorang itu telah berzina dengan kerelaan hati sendiri biarpun tahu ia satu dosa besar, namun apa baiknya kita layan dia dengan buruk? Apa baiknya kita caci maki dia dan sakitkan hatinya? Bukankah lebih elok kita nasihati dia dengan lembut. Bukankah lebih baik andai kita bukakan pintu dan jalan utk dia bertaubat dengan memperkenalkan sifat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun?


Sejak zaman berzaman, tidak sedikit orang yang tersentuh dan tertarik dengan Islam bukan kerana aqidah tauhid yang dibawa, tapi kerana kecantikan AKHLAQ yang dipamer.


Oh ya, untuk pengetahuan semua, Alia dan keluarga telah cuba membuat report polis di kawasan rumahnya tentang kejadian rogol tersebut. Namun, aduannya tidak diterima, malah disangkal dan dia telah diperkotak-katikkan oleh polis-polis dibalai tersebut.


Nak tahu MENGAPA?
(Ok, tarik nafas dalam-dalam)

Kerana, jiran yang telah merogol Alia sebenarnya merupakan seorang polis berumur 50-an dan bekerja di balai itu, dan dia telah di‘backed-up’ oleh kawan-kawan polisnya yang lain.

Astaghfirullah al-'azim.
Harapkan pagar, pagar makan padi.

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Part I


Rasanya semua medical students yang telah melalui posting Obstetric & Gynaecology (O&G) akan setuju bahawa patients mengandung yang datang dengan label ‘UM’ akan dilayan berbeza berbanding patients lain. Betul kan?

Apakah ertinya UM?


UM ialah singkatan untuk UNMARRIED - bermaksud anak yang dikandung dalam rahim wanita itu tidak mempunyai bapa yang sah kerana sang ibu belum berkahwin namun telah mengandung..


Ini adalah fenomena biasa di ward O&G sehingga ada ungkapan yang mengatakan “All pregnant patients who come in are UNMARRIED UNLESS PROVEN OTHERWISE”.


Dari satu sudut, lihatlah betapa banyaknya wanita yang mengandung akibat dari perbuatan zina dan banyaknya anak yang lahir tidak berbapa. Betapa tenatnya masyarakat sekarang yang kehidupannya menyamai zaman jahiliyyah sebelum Muhammad diutus sebagai Rasul.




Patients yang mengandung semua akan mengalami proses peralihan yang sama, daripada sebelum bersalin sehinggalah selepas bersalin.
Flownya adalah:

Antenatal ward
(sebelum bersalin) >> Labour room (proses pertarungan antara hidup dan mati) >> Post-natal ward (selepas bersalin)


Untuk patients yang UM ni tadi, para staff dan nurse di wad dan di labour room biasanya melayan mereka seperti…. Hmmm.. sampah masyarakat.. (keterlaluankah saya?)


Sejak di antenatal ward, mereka dilayan ala kadar sahaja. Di labour room pula diperlakukan tanpa belas kasihan. Sehingga bila posting di post-natal ward, saya lihat patients yang UM ni dah ketakutan dan fobia terhadap semua org. Bila ditanya soalan secara lembut pun, mereka jawab dalam keadaan takut-takut. Apa tidaknya, sudah berhari-hari dilayan dengan teruk. Dalam kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan pun, masih terpaksa menadah telinga mendengar sindiran dan tohmahan yang datang bertubi-tubi. Tu belum termasuk ketika dijahit, lagilah diperlakukan dengan kasar. Tapi of course, bukan semua yang layan mereka sebegini.


To be continued...

Friday, June 18, 2010

Tribute to Suroboyo!


Meski sebelum ini, kita gak saling mengenali

Gak pernah ketemu, walaupun sekali

Namun atas dasar aqidah

Kita merajut benang ukhuwwah


Bibit-bibit cinta mulai mekar

Semakin hari semakin segar

Di celah kesibukan yang tak pernah sudah

Kalian sanggup juga main ke rumah




Kerengsengan, pecel, dan urap-urap

Brownies Amanda, jagung bakar, dan Turki kebab

Masakan Padang, bebek purnama, dan es batu

Salon Muslimah, Kapasan, dan toko buku



Biar berjuta keinginan kami

Kalian pasti akan penuhi

Biarpun capek, biarpun penat

Biarpun butuh tetesan keringat




Tetamu amat kalian muliakan

Sesuai sunnah Rasul Junjungan

Persis Ansar menyambut Muhajirin

Pengorbanan kalian, gak mungkin dilupain



Terima kasih semua di Suroboyo!

Sungguh, pastinya kenangan gak mungkin semanis ini andai tiada kalian untuk mewarnai hari-hari kami di sana.


Kami menjadi saksi, kalian amat memuliakan tamu, kalian pentingkan kami lebih dari kepentingan kalian sendiri, emang persis Ansar menyantuni Muhajirin.

Dan dengan itu kami berdoa, moga kalian dianugerahi syurga, dan moga kita kan ketemu semula ke sana. Ameen ya Rabb!






Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
(HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 17, 2010

Coretan dari Suroboyo Part XI - Bali




Hari Khamis pada minggu terakhir, kami ke Bali. Kuakui, Bali tidak termasuk dalam rancanganku secara peribadi. Namun kerana kami ke sini secara kolektif, maka aku mengikut sahaja rencana mereka yang lain.


“Hana, kenapa macam sedih? Happylah sikit, kita dah kat sini (Bali)…”


Walaupun tidak pernah ku terfikir untuk ke Bali sebelum ini, namun rencanaNya mengatasi segala. Aku cuba untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara tarbiyah di sini, dengan sedaya upaya.


Saat kami dalam perjalanan ke pantai, air mataku mengalir deras tanpa dipinta. Sudah cuba kutahan, namun tidak berdaya. Lalu cuba kututupi agar tidak kelihatan oleh sahabatku yang lainnya. Sangat sedih bila melihat ibadah yang seharusnya dimurnikan hanya untuk Allah, dipersembahkan untuk selainNya.

Sangat menyayat hati bila melihat mereka bersungguh-sungguh beribadah, tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang mensyirikkan Tuhan yang Maha Esa, satu-satunya yang layak disembah.



Sungguh, bumi Bali cukup dahagakan seruan dakwah dan cahaya Islam.


Alhamdulillah di kala sahabat-sahabatku sibuk bermain water sports, Allah izinkan aku duduk sambil bertafakkur. Sungguh, yang paling kutakuti adalah nyawaku diambil saat aku terbuai oleh keseronokan dunia, saat aku lupa padaNya.

Permainan parasailling, flying fish benar-benar mengingatkanku pada kesenangan dunia yang sifatnya fana, sangat menggembirakan, sangat menyeronokkan, sangat mengujakan…


Namun…


Hanya sementara…

Kegembiraannya sekejap cuma…

Tanpa disedari, sudah mendarat di pantai semula…

Segalanya berlaku seakan dalam sekelip mata…

Dan… Begitu jualah sifatnya dunia…

Umpama masuk ke rumah melalui pintu depan, dan keluar semula dari pintu belakang. Persinggahan yang cukup sebentar.

Ibarat melintasi sebuah jejambat, sedangkan destinasi sebenar adalah akhirat. Dan seringkali manusia tertipu dengan destinasi akhirnya, hingga tenggelam dalam lautan keseronokan dunia yang sifatnya hanya sementara.

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. (An-naazi'aat: 46)

Na’uzhubillah, semoga kita semua tidak tergolong dalam mereka yang tertipu dengan dunia.




Maafkan daku duhai sahabat-sahabat yang kucintai, kerana tidak menyertai kalian berseronok tempoh hari…

Di saat godaan dunia dengan mudah membuatku leka…

Hati ini hanyalah ingin mengambil langkah berjaga-jaga…

Biarpun di kiri dan kanan keseronokan dunia cuba menerpa…

Meski berkali-kali kudengar ajakan “Enjoy yourself, Hana”…

Janganlah kalian mengira diriku rugi tidak turut serta…

Janganlah juga menyangka dengan berseronok aku kan gembira…

Bahkan sangat kutakuti keseronokan itu mengheretku jauh dariNya...

Dan andai itu berlaku pastinya aku kan lebih sengsara…

Kerana tiada yang bisa membuat hatiku tenang; sungguh, tiada…

Melainkan bila hatiku ini berdamping dengan Si Dia…


Kami pulang ke Suroboyo setelah 3 hari di Bali, dan akhirnya pulang ke tanah air pada tanggal 14 Juni 2010 dengan selamat di bawah pemeliharaan Allah, alhamdulillah...





Wednesday, June 16, 2010

Coretan dari Suroboyo Part X - BerAKSI!



Alhamdulillah, weekend ini Allah izinkan aku mengikuti suatu program yang sudah lama kuidam-idamkan, iaitu… demonstrasi di Indonesia. Sudah sekian lama kami hanya mendengar cerita dan menonton video, sambil menyimpan angan-angan agar satu hari nanti Malaysia juga akan mempunyai penerimaan yang lebih baik terhadap demonstrasi aman seperti di Indonesia. Kini, tiba peluang untuk menyertai dan menjiwai sendiri demo di Surabaya. Di INA, demonstrasi dipanggil Aksi.



Polis-polis bekerjasama memastikan aksi dan perarakan berjalan lancar tanpa mengganggu lalu-lintas jalanraya. Dan alhamdulillah, tiada langsung semburan gas-gas pemedih mata dihamburkan pada peserta.

Aksi solidaritas Palestina diadakan sebagai bantahan terhadap serangan zalim rejim Zionis ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan berupa bahan binaan, perlengkapan pendidikan, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain kepada masyarakat Gaza yang bukan sahaja telah dikepung malah turut dinafikan hak asasi kehidupan sebagai manusia!



Aksi ini disertai segenap lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak.



Laungan jihad bergema lantas membakar semangat peserta, baik yang tua mahupun yang muda, lelaki mahupun wanita, Jawa mahupun Madura, aktivis mahupun simpatisan, pendek kata semua.

Mereka amat bijak menyentuh hati dan mengaddress setiap lapisan masyarakat yang hadir. Bahkan simpatisan termasuk pak-pak polisi turut mereka raikan dalam ucapan mereka. Secara bersahaja dan dalam nada bercanda, kata-kata pembuka sahaja sudah cukup menghambat hati sang pengguna jalan raya, untuk ikut dan turut serta. Mereka berdialog di atas pentas:

“Saya mau nanya, andai anda seorang cowok, apakah anda tidak malu karena tidak turut serta dan hanya duduk di pinggir-pinggir jalanraya seraya menonton aksi ini?”

“Ya, tentu sekali rasa malu dong!”

“Makanya, mari kita sama-sama menyeru, kepada sesiapa yang merasakan dia seorang cowok di luar sana, agar turut serta bergabung untuk menjayakan aksi solidaritas Palestina ini. Ayuh, maju, maju”

“MAJU! MAJU! MAJU!” (Beramai-ramai)

Bijak kan? Lepas tu, preman-preman (ala-ala gangster) pun join sekali.

Aksi turut disertai pentomin ringkas tentang bagaimana kapal MM dibom Zionis sedangkan penduduk dunia yang lainnya sibuk dengan hal masing-masing. Sajak yang dibaca dengan penuh sayu merobek hati dan menanam benci kepada Zionis laknatullah.


“Biarlah, hari ini mereka menyerang kapal ini tanpa belas kasihan. Esok, 1000 lagi kapal akan datang dari seluruh dunia menentang mereka dan menyelamatkan Gaza!”

“Itu, anak kecil itu, kita harapkan 25 tahun akan datang, dialah yang akan menjadi pejuang pembebas Palestina”


“Itu, ibu yang sedang hamil 3 bulan itu. Kita harap 30 tahun lagi anaknya lah yang akan menjadi mujahid barisan hadapan menentang Zionis”


Allahuakbar!

Tokoh-tokoh PKS memberi ucapan satu demi satu. Biarpun ucapan setiap satunya ringkas, namun tokoh-tokoh tertarbiyah ini berucap dengan amat padat; semuanya terkesan di hati dan membakar semangat juang yang tinggi!

PKS mengatakan stand mereka:

1. Mendesak PBB supaya bertindak tegas terhadap kejadian penyerangan relawan di kapal Mavi Marmara dan memberikan sangsi (denda) berat kepada pemerintah Israel

2. Meminta PBB dan segenap negara yang pro kepada penegakan hak asasi manusia untuk menekan pihak Israel agar segera membuka blockade atas wilayah Gaza

3. Mendesak pemerintah Republik Indonesia agar segera melakukan diplomasi yang kuat sehingga bisa menyatukan negeri-negeri Muslim untuk mengakhiri penjajahan Israel atas Palestina

4. Mengajak segenap kader, simpatisan PKS, segenap elemen masyarakat, ORMAS (Organisasi Kemasyarakatan) dan Umat Islam di Indonesia untuk tidak berhenti dan terus mendukung dan membela kemerdekaan bangsa Palestina

Laungan semangat bersahutan…

Palestina?

BEBASKAN!

Yahudi?

GO TO HELL!

Satu kata untuk Palestina!

JIHAD!

Dua kata untuk Palestina!

JIHAD FISABILILLAH!

Tiga kata untuk Palestina!

JIHAD FISABILILLAH! ALLAHU AKBAR!