Wednesday, June 9, 2010

Coretan dari Suroboyo Part VII - BAKSOS



Pada minggu ke-3 aktiviti berjalan seperti biasa, cuma hari Khamis aku, K.mirah & Chepon bertukar ke Kamar Medik (Medical wing of A&E) dan McT, Tas & Wani ke Kamar Bedah. Di Medik, aktiviti agak kurang rancak sebab ramai perawat yang buat procedur. So kami ke rutin biasa, clerk patient.


Ada patient kasus krisis hypertensi (Case Hypertension Crisis), dgn SBP 250 mmHg on admission. DBP tak ingat sgt tapi yang pastinya 100++. Admission time 2.00am, dan patient diletakkan di hallway IRD seperti biasa. To my utmost surprise, patient cakap lepas admitted, sekali je diorang check BP, dan sampai ke pagi ini (8.00am, 6 hours post-admission) takde langsung perawat/doctor yang RECHECK her BP. Not even once! Dengan kaget yang amat, aku terus measure BP dia, 206/118mmHg if I remember correctly. Waduh, gimana ini. Kalau di Malaysia, kasus seperti ini pastinya sudah dihantar ke wad dan aside from anti-hypertensive agents, Dr mesti dah order at least BP monitoring ½ hourly.


InsyaAllah kita ambil ni sebagai iktibar supaya vital signs for high risk patient especially, is monitored regularly as necessary. Hospital ni memang ramai sgt patient sampai kadang-kadang tak cukup kakitangan nak bagi optimal management for every patient.

Hari Jumaat esoknya, Wesak Day. Jadi kami liburkan diri, walaupun IRD gak pernah libur. Kami mengikuti Baksos (bakti sosial) PKS anjuran Mbak Dwi yang kami ketemu ketika membeli kaus muslimah di rumah Mbak Ratri.



BAKSOS bermula jam 7.30am sampai jam 11.00am dan meliputi:

- Ucapan alu-aluan wakil dari kampung Rangkah
- Ucapan wakil PKS

- Talk by Dr Chandra, pakar O&G tentang kanker cerviks

- Pelayanan kesihatan (Medical Check-up)
  • BP
  • Cek vaginal fluid pH sebagai indicator kpd vaginal inflammation
  • Konsultasi
  • Ubat-ubatan gratis
- Demonstrasi Pad anion


Program khas untuk wanita ini dimulakan dgn tilawah al-Quran oleh seorang sister. Ya, identitas Islami PKS ditampilkan dengan baik sekali. Dari panitia yg semuanya berjilbab, berakhlak dengan sangat lembut dan terpuji, hinggalah perjalanan program itu sendiri yang ditaburi kata-kata nasihat dan tazkirah secara halus dan tidak langsung.

Tapi MC banyak bercakap dgn bahasa Jowo, makanya kami terpaksa pura-pura mengangguk faham. Mujurlah talk tentang cancer cervix disampaikan dlm bahasa Indonesia standard. Menurut seorang panitia, pelayanan kesihatan masyarakat PKS ini dijalankan setiap 2 bulan di kampung yg berbeda-beda.


Sementara program berlangsung, panitia mengelilingi kampung buat promotion tentang Pelayanan Kesihatan ini.
Jadi, walaupun patutnya habis program jam 11am, tapi jam 11 lebih pun ada yg masih mau mendaftar. Kami yang gak ngerti bahasa Jowo hanya menjadi panitia registration sahaja.


Ibu-ibu siap datang dengan anak yang demam, padahal health promotion ni khusus untuk wanita tentang cervical cancer! Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan.



Dan banyak tarbiyah yang Allah kirimkan untukku dalam BAKSOS ini...

Biarpun venue ni sangat sangat sederhana, tapi seluruh program termasuklah medical check-upnya berjalan dengan lancar tanpa ada secebis complaint pun, alhamdulillah.
  • Cuaca yang tersangat panas, tiada yang mengeluh.
  • Bilik medical check-up yang sangat sempit dan agak gelap dan suram, dengan keadaan panas tanpa kipas, juga tiada yang complain; baik medical student mahupun penduduk kampung.
  • Orang kampung yang ramai sehingga kerusi tidak mencukupi, mereka sanggup berdiri.
  • Queue yang panjang untuk check BP dan konsultasi, mereka menunggu penuh sabar dan tenang dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
  • Meja yang tidak mencukupi, mereka tak kisah check up di atas lantai.
  • Untuk check-up vaginal pH tiada ruangan private, mereka jumpa tilam!!! yang tidak digunakan lalu membuat satu compartment lain yang tertutup.
  • Bila dah tengahari dan meja registration disinar terik matahari yang menyengat, penduduk kampung carikan payung dan ikatkan di atas pagar menggunakan tali yang entah datang dari mana.
  • Selepas habis talk dari Dr. Chandra, ada kuiz untuk menjawab soalan. Walaupun mereka orang-orang kampung di ceruk pedalaman dan ada yang baru pertama kali mendengar tentang cancer cervix, mereka tidak malu untuk mencuba jawab soalan-soalan yang diajukan.

Subhanallah.
  • Hasil keterbiasaan dengan keadaan yang susah, mereka punyai kesabaran yang bagiku sungguh luarbiasa.
  • Kerana sudah biasa hidup dalam keadaan yang serba sulit, mereka jadi kreatif menggunakan apa sahaja yang ada untuk memenuhi kekurangan yang timbul.
  • Dan sudah tentu, dakwah itu sangat meluas. Banyak wasilah bisa digunakan untuk mencapai matlamat dakwah, pelayanan kesihatan masyarakat juga salah satu wasilahnya.
  • Pendekatan dakwah itu sesuai mad'unya. Bersama orang kampung, lain caranya. Dengan orang yang terpelajar, lain pendekatannya. Dengan orang Jawa, Jowolah bahasa yang digunakannya. Rasulullah juga begitu kan? Dia bisa berbahasa dengan loghat yang berbeza-beza sesuai orang tempatan yang baginda dakwahi.


No comments:

Post a Comment