Thursday, June 24, 2010

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Part I


Rasanya semua medical students yang telah melalui posting Obstetric & Gynaecology (O&G) akan setuju bahawa patients mengandung yang datang dengan label ‘UM’ akan dilayan berbeza berbanding patients lain. Betul kan?

Apakah ertinya UM?


UM ialah singkatan untuk UNMARRIED - bermaksud anak yang dikandung dalam rahim wanita itu tidak mempunyai bapa yang sah kerana sang ibu belum berkahwin namun telah mengandung..


Ini adalah fenomena biasa di ward O&G sehingga ada ungkapan yang mengatakan “All pregnant patients who come in are UNMARRIED UNLESS PROVEN OTHERWISE”.


Dari satu sudut, lihatlah betapa banyaknya wanita yang mengandung akibat dari perbuatan zina dan banyaknya anak yang lahir tidak berbapa. Betapa tenatnya masyarakat sekarang yang kehidupannya menyamai zaman jahiliyyah sebelum Muhammad diutus sebagai Rasul.




Patients yang mengandung semua akan mengalami proses peralihan yang sama, daripada sebelum bersalin sehinggalah selepas bersalin.
Flownya adalah:

Antenatal ward
(sebelum bersalin) >> Labour room (proses pertarungan antara hidup dan mati) >> Post-natal ward (selepas bersalin)


Untuk patients yang UM ni tadi, para staff dan nurse di wad dan di labour room biasanya melayan mereka seperti…. Hmmm.. sampah masyarakat.. (keterlaluankah saya?)


Sejak di antenatal ward, mereka dilayan ala kadar sahaja. Di labour room pula diperlakukan tanpa belas kasihan. Sehingga bila posting di post-natal ward, saya lihat patients yang UM ni dah ketakutan dan fobia terhadap semua org. Bila ditanya soalan secara lembut pun, mereka jawab dalam keadaan takut-takut. Apa tidaknya, sudah berhari-hari dilayan dengan teruk. Dalam kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan pun, masih terpaksa menadah telinga mendengar sindiran dan tohmahan yang datang bertubi-tubi. Tu belum termasuk ketika dijahit, lagilah diperlakukan dengan kasar. Tapi of course, bukan semua yang layan mereka sebegini.


To be continued...

No comments:

Post a Comment