Friday, June 4, 2010

Coretan dari Suroboyo Part I - Taaruf






Kami tiba di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia jam 8.30pm 11 Mei 2010. Flight Air Asia yang dijadualkan pada pukul 6.15pm akhirnya tanpa apa-apa sebab yang diberitahu, hanya berlepas pada jam 7pm.


Kami disambut dengan penuh gilang gemilang oleh Dr.Imam, supervisor kami di UIA dan isterinya, auntie Chery. Dr. Imam memang berasal dari Surabaya. Tidak kami sangka Dr.Imam akan pulang ke Surabaya semata-mata utk menyambut kami di sini, padahal 1st professional exam hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Sungguh, dia amat memuliakan tetamu.

Pagi esoknya, kami ke Universitas Airlangga (UNAIR) jam 7am. Dr Imam juga menemani kami di UNAIR. Dr Imam adalah alumni UNAIR, university terbina ketika zaman Belanda menjajah Indonesia pada tahun 1849. Umur Universiti itu merangkap umur fakultas kedokteran dah 161 tahun. Bangunan universitiya sangat antic, tapi masih kukuh dan cantik. Pintunya pun besar-besar. Di dinding university diukir nama-nama semua doctor yg telah gradute dari UNAIR sejak awal kurun ke-20.

Malamnya, Dr.Imam belanja kami makan di Pandan Village, Galaxy Mall. 6 star! Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Dr.

Report case bermula jam 6.30am, taklah seawal mereka yg di Aussie. Pada waktu pagi, terasa masa berlalu amat amat perlahan sekali. Sekejap-sekejap tengok jam. Zuhur masuk 11.30am, tapi waktu rehatnya jam 12.00 – 1.00pm. Tapi petang kerja hanya sampai pukul 3.30pm. Malam oncall adalah optional, tapi tak pernah oncall lagi setakat ni sebab rumah sewa jauh dari hospital.

Kami attach di Instalasi Rawat Darurat (IRD) atau A&E, Rumah Sakit Umum (RSU) Dr Soetomo.

Kat hospital ni, bilangan doctor berjumlah 3000org. A&E je pun ada 5 tingkat dan ada kamar operasi sendiri. RSU Dr Soetomo merupakan hospital tertiary yg menjadi referral di seluruh wilayah Jawa Timur, makanya patient pun mmg hampir setiap masa ramai sekali, sampai terdengar keluhan Dr di IRD, “Kapan rumah sakit akan sepi?”.



Tapi, kami menjadi culture shock sedikit. Dari segi hygiene di hospital, agak kurang terjaga spt Di Malaysia. Dan budayanya mmg agak beda. Misal?

  1. Sterile glove di recycle semula
  2. Tiada bin utk clinical waste. Semuanya dibuang sekali dalam tong sampah biasa yg ada plastic hitam. Ya, semua. Darah, kapas, beg urine, urine, muntah, dan semua. Cuci luka juga ditadah dgn tong sampah yg sama. Kecuali glove sbb glove disterilekan semula jd ada tong khas. Tapi biasanya tong sampah ni kadang-kadang takde, jadi mereka buang aja kat bawah troli.
  3. Teknik sterile tak berapa strict. Walaupun dah pakai sterile glove tapi boleh pegang sini sana lagi. Tapi only certain je yg mcm tu, ramai juga yg ok. Samalah macam kita kan.
  4. ICU mereka spt wad biasa di HTAA. Wad mereka apatah lagi, understandably. Menurut sumber yg terpercaya, kebiasaan di sini, patient dari ICU yg ditransfer ke wad biasa, ramai yg meninggal dunia sebab kadar infeksi sangat tinggi – sepsis perkara biasa. Nursing care juga quite poor.
  5. Student di sini digelar Dokter Muda (DM) dan boleh buat prosedur dgn lebih bebas tanpa pengawasan, mereka amat independent!
  6. Dr mereka amat santai, pegi keja pakai jeans dan selipar jepun. Bila masa luang, ada yg bergilir-glir ke bilik rehat, merokok bersama. And yes, in the emergency department. Tapi, bukanlah semua yg mcm tu. Amat aneh bagi kami. Di Malaysia walaupun ada Dr yg merokok, tapi di hospital tak pernah pula melihat Dr merokok. Di sana merokok amat amat common, even dalam ruangan atau bilik yang tertutup.
  7. Yg bagusnya, doctor dgn DM macam tiada gap, spt sudah jadi colleague, tapi tetap hormat-menghormati dan tiada marah-marah atau memandang rendah.
  8. Student mereka yg lelaki dan perempuan amat mesra, dan berpegang tangan tu satu perkara biasa dalam budaya di sana. Berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram juga very 'acceptable' di sana.


Ya, di setiap tempat itu ada yg baik, ada yg jelek. Yg baik dijadikan tauladan, yg jelek dijadikan sempadan. Sebenarnya setiap sisi itu ada ibrah yg kita boleh pelajari. Kita berlapang dada dan kekal merendah hati, insyaAllah mereka juga akan mesra dan saling menghormati.

No comments:

Post a Comment