Friday, June 4, 2010

Coretan dari Suroboyo Part II - Malang & Safari


Hari minggu pertama kami melawat Taman Safari bersama Dik Ira, anak angkat Dr.Imam dan supir yg disewakan oleh Bu Tuti.




Subhanallah, terasa seperti berada dalam kalangan haiwan-haiwan liar di situ. Tapi kami hanya melalui tracknya dgn kereta. Di kawasan-kawasan tertentu e.g di tempat harimau, singa, etc, kami tidak dibenarkan membuka ‘kaca’ (cermin tingkap) kerana haiwan-haiwan di situ semuanya masih liar dan tidak dijinakkan.











Rasa macam kat kayangan, sebab masa tu kabus tebal. Pokok-pokok dia sangat cantik... Subhanallah..



Pada sebelah petangnya kami ke Malang, melawat kebun apel (epal), pink guava & jeruk (limau) markisa. Waktu itu kurang lebih jam 3 lebih. Dalam perjalanan ke Malang, kami melalui Theme Park yg akan tutup lebih kurang pukul 5pm.

Supir : Taman tema ini sudah hampir tutup. Kalau kita mampir, percuma aja!
Kami : Hah, percuma? Mari pergi pak!

Supir : ???

Supir = pemandu
Mampir = singgah

Percuma = sia-sia

Biarpun serumpun, language barrier tetap ada.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" (Al-Hujurat: 13)






No comments:

Post a Comment