Thursday, June 24, 2010
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Part II
Postnatal Ward
HTAA, Kuantan
Alia (bukan nama sebenar), a 21-year-old student was admitted for delivery with a title of UM. Seperti biasa, menggendong title UM, dia pasti akan dilayan sebagaimana patients UM yg lain.
Sehingga di post-natal, kisahnya terbongkar… (Ini adalah kisah benar, bukan niat untuk mengaibkan sesiapa namun untuk manfaat bersama, dikongsikan juga)
Rupanya, Alia telah diperkosa oleh jiran di sebelah rumahnya. Dia telah dipukau sehingga tidak sedar apa yang berlaku. Setelah selesai, jiran tersebut mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa. Namun akhirnya rahsianya terbongkar jua. Si ibu begitu kecewa. Pada awalnya sukar nak percaya. Tapi bila bukti terpampang di depan mata, ibunya redha dengann takdir yang melanda.
Selepas lahirnya anak Alia, anak itu diserahkan kepada jabatan kebajikan sosial. Keluarganya berkeras tidak membenarkan Alia untuk melihat apalagi menyentuh anak tersebut. Khuatir dia jatuh sayang dan ingin memelihara anak itu.
Kasihan Alia. Sudahlah menjadi mangsa rogol nafsu serakah insan tidak bertanggungjawab, kemudian dipandang serong pula oleh masyarakat sehingga dilayan penuh hina. Tanpa diberi peluang menjelaskan keadaan sebenar, dia umpama dihukum tanpa bicara.
Kesimpulannya…Treat others with love. Rasulullah pun, tak pernah memandang jelek biarpun seorang wanita datang mengakui dia telah berzina dan akibatnya sudah mengandung. Sekalipun seseorang itu telah berzina dengan kerelaan hati sendiri biarpun tahu ia satu dosa besar, namun apa baiknya kita layan dia dengan buruk? Apa baiknya kita caci maki dia dan sakitkan hatinya? Bukankah lebih elok kita nasihati dia dengan lembut. Bukankah lebih baik andai kita bukakan pintu dan jalan utk dia bertaubat dengan memperkenalkan sifat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun?
Sejak zaman berzaman, tidak sedikit orang yang tersentuh dan tertarik dengan Islam bukan kerana aqidah tauhid yang dibawa, tapi kerana kecantikan AKHLAQ yang dipamer.
Oh ya, untuk pengetahuan semua, Alia dan keluarga telah cuba membuat report polis di kawasan rumahnya tentang kejadian rogol tersebut. Namun, aduannya tidak diterima, malah disangkal dan dia telah diperkotak-katikkan oleh polis-polis dibalai tersebut.
Nak tahu MENGAPA?
(Ok, tarik nafas dalam-dalam)
Kerana, jiran yang telah merogol Alia sebenarnya merupakan seorang polis berumur 50-an dan bekerja di balai itu, dan dia telah di‘backed-up’ oleh kawan-kawan polisnya yang lain.
Astaghfirullah al-'azim.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment