Apakah ini kicap manis? BUKAN.
Ini adalah Iodin.
Apakah ini botol air kanak-kanak sekolah? BUKAN juga.
Ini adalah hydrogen peroxide (perhydrol).
Pulang saja dari hospital Jumaat itu, dengan whitecoat yg habis kena darah, Betadin (Iodin) dan mungkin urine patient (sebab takde apron masa buat procedure), kami terus balik ke rumah utk gotong-royong memasak utk bekalan journey ke…. Mount Bromo!!
Disebabkan terlalu semangat, kami masak macam nak kenduri 3 hari padahal nak travel 24 jam je.
Kami dijadualkan utk bertolak ke Bromo jam 11 malam hari Jumaat. Kami selesai packing dan masak jam 10 malam. Tapi jam 10.30pm supir yg ditempah oleh Bu Tuti dah sampai depan rumah, waduh mereka ini bukan setakat menepati masa, bahkan sangat mengawali masa!
Dalam MPV, kami semua tertidur. Aku terlena setelah 1 jam perjalanan, dan dikejutkan oleh kesejukan yg menyengat sehingga ke sumsum tulang. Bila terjaga, kami sudah di kawasan pergunungan, dan udara teramat dingin sampai tak mampu nak tidur semula. Dahlah pakai baju hanya selapis tanpa sweater! Subcutaneous fat pun tak berapa cukup utk membekalkan haba. Menggigillah diriku kesejukan di
Kami ke kedai utk menyewa sweater dan membeli sarung tangan dan mafela. Kami sewa sweater dengan Rp 10000 sehelai, tapi bila hampir sampai di puncak ada sweater sewa dengan harga hanya Rp 3000 sahaja.
Sebelum ke puncak kami ke toilet utk mengambil wudhu’. Di toilet itu tertulis:
Buang air kecil Rp2000
Buang air besar Rp3000
Mcmana dia tahu kita buat apa kat dalam toilet tu? Memang tiada yg gratis di Indonesia ini!
Di puncak, sementara menunggu sunrise, kami solat di tengah orang ramai yg sedang sibuk mengambil gambar dan memilih ‘spot’ terbaik utk berlabuh sambil menikmati keindahan sunrise.
No comments:
Post a Comment