Wednesday, June 9, 2010

Coretan dari Suroboyo Part VI - Madakaripura

Seusai di Bromo, kami ke Air terjun Madakaripura. Kali ini, kami benar-benar mengenal apa ertinya “tiada yg gratis sama sekali di Indonesia”.



Utk masuk, kami diminta membayar Rp2500 seorang.
Utk parking, Rp5000 lagi dibayar.
Nak masuk toilet sekejap, ingatkan free. Sebab takde pun tulis kena bayar. Tapi bila keluar toilet, ada yg menunggu, “Mbak, bayar mbak. Satu org Rp2000”. Waduh!



Utk ke air terjun, kami terpaksa menggunakan khidmat pemandu pelancong yg meminta Rp50000 seorang! Awalnya kami tidak setuju kerana terlalu mahal. Bila tawar Rp30000, pembawa pelancong itupun setuju. Mula-mula geram juga sebab semuanya kena bayar. Tapi dua kali fikir, kesian juga sebab itulah satu-satunya mata pencarian mereka. Memang mudah hati ini jatuh kasihan.

Bila kami sampai ke air terjun setelah lebih kurang 45 minit meredah sungai dan batu-batunya, kami sampai ke punca 3 air terjun yang berbeza, cantiknya seperti di Amazon.



Subhanallah, sekali lagi, tak tergambar oleh kata-kata. Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar! Terlupa seketika duit-duit yg perlu kami bayar tadi. Alangkah bestnya kalau ada SLR + waterproof camera… tapi, memang takkan sama seperti berada sendiri di situ. Sekali lagi, aku terfikir, pastinya Syurga Allah itu jauh lebih indah…

"Untuk hambaKu yang soleh, Aku sediakan kesenangan (syurga)
yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, dan tak pernah terlintas di hati manusia..."

(Hadith Qudsi Riwayat Imam Ahmad, Tirmizhi & Ibnu Majah)




Kadangkala aku terfikir...
Sudah tahu syurga itu cantik dan indah,
mengapa utk mengumpul pahala dan kebaikan, langkah kaki masih terasa berat…?
Sudah tahu neraka itu azabnya tidak terperi dan tak mampu ditanggung sama sekali, tapi,... mengapa masih tega membuat dosa dan maksiat?

Mari muhasabah dan berubah.


Sampai ke air terjun itu, hujan mulai membasahi bumi. Jadi kami diminta naik semula ke darat dengan segera kerana pengalaman mereka, banjir besar akan berlaku within minutes sahaja. Sepanjang perjalanan pulang, kami ditunjukkan hasil kerosakan jalan dan jambatan akibat diterjah arus banjir yang begitu deras. Ya, hajat di hati kami ingin mandi di air terjun, tapi rencana Illahi, mengizinkan kami mandi dengan air dari langit biruNya… dan kerdilnya rancangan kami dibandingankan dengan hebatnya rencana Yang Maha Esa…! Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Sesampainya kami di tempat parkir kereta, hujan semakin lebat. Sungguh kami terkejut bila melihat sungai yang tadinya mengalir tenang tiba-tiba menjadi seperti tsunami dengan air lumpur yang mengalir deras; paras air meninggi hampir 10x ganda dalam sekelip mata. Syukur Alhamdulillah, andai saja kami terlewat beberapa minit, mungkin dengan begitu mudah dihanyutkan arus deras yang menerjah. Na’uzhubillah, wa alhamdulillah.

Seiring dengan hujan yang tiba-tiba turun begitu lebat, hati-hati kami turut dilanda kekecewaan yang tidak kurang hebat. Kami diberitahu oleh orang-orang tempatan di situ, mereka telah membersihkan mobil kami dan oleh itu kami perlu membayar mereka lagi Rp5000. Aduh! Apakah?

Kami terpaksa pula membayar Rp2000 lagi per toilet sebab harus menukar baju setelah lencun dan basah kuyup bermandi hujan. Kali ini, tiada pilihan. Begitu ramai sekali pak-pak yang menunggu di luar toilet utk mengutip duit. Utk memastikan mereka beredar supaya toilet lebih tenang, kami membayar Rp50000 utk semua – duit pemandu pelancong dan duit toilet utk 6 org. Tapi, alangkah kecewanya kami, apabila pemandu pelancong tadi tiba-tiba menuntut Rp50000 instead of Rp30000 yang dipersetujui. Kami katakan kami bayar Rp 50000 termasuk duit toilet, tapi dia kata,

“Utk toilet bayar sendiri ya mbak, karena orangnya lain”.

Ya Allah! Kesabaran kami benar-benar teruji. Namun sabda Rasulullah SAW mengubat hati,
"La taghdab, la taghdab, la taghdab"

"Jangan marah, jangan marah, jangan marah" (HR Bukhari)

Ketika dalam perjalanan pulang, perasaan kami bercampur baur. Perasaan ajaib dan kagum menikmati keindahan alam ciptaan Yang Esa sedikit tercalar dek emosi geramnya pada sikap mereka yang memaksa-maksa kami membayar uang tanpa rela. Bukankah alam ciptaan Illahi ini layak dinikmati sesiapa pun tanpa bayaran?

Namun sekali lagi, ibrah dalam setiap langkah tetap harus dihayati. Allah punyai hikmah dalam setiap yg berlaku, dan itu caranya Dia mentarbiyah hamba-hambaNya.

Rasulullah juga pernah bertanya, "Siapakah yang dikatakan paling kuat antara kalian?"
Sahabat menjawab, "Iaitu yang paling kuat dalam pertarungan"
Tapi Rasulullah jawab balik, "Bukan begitu, tapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah"
(HR Muslim)

No comments:

Post a Comment